| Bughah: Salah Faham Masyarakat Terhadap Pengaruh Gerakannya |
|
|
|
| Ditulis oleh Mohd Azmir Hj. Maideen | |||
| Isnin, 16 Oktober 2006 | |||
|
Undang-undang jenayah Islam, ‘bughah‘ (pemberontak/ penderhaka) dalam konteks kenegaraan sangat berkait rapat dengan persoalan hubungan dan ketaatan rakyat kepada negara atau pemerintah. Tinjauan ini penting dalam menjamin kestabilan politik Islam dan menganalisa reaksi politik hari ini. Adalah lebih baik sebelum topik ini dibincangkan dengan lebih jauh, kita mendefinisikan terlebih dahulu sesuatu matlamat gerakan sosial ditubuhkan agar ia dapat memberikan pengertian dan petunjuk yang luas tentang peranan kewujudan pertubuhan/gerakan (jamaah) di mata masyarakat. Hari ini timbul salah faham segelintir di kalangan masyarakat yang menganggap gerakan Islam yang diwujudkan di tengah-tengah kumpulan penguasa diiktiraf, adalah kumpulan bughah. Dalam mempertahankan pendapat mereka itu, kerap kali nas-nas agama digunakan untuk merosakkan gerakan-gerakan Islam yang diwujudkan. Dakwaan mereka; “..Tiada Islam tanpa khilafah dan demokrasi adalah kafir..”. Kemunculan ‘centric’ ini sebenarnya tidak berperanan sebagai pencegah kemungkaran, malah sentiasa bersikap cengir kepada gerakan Islam tetapi lunak terhadap penguasa. Kemulian cita-cita Islam dan kesaksamaannya tidak lebih sekadar suatu falsafah yang penuh direka dengan metafora dan dimanipulasi oleh para idealis yang gemar mencari nilai populariti. Malah, sanggup mengambil kesempatan yang ada untuk menghentam dan menimbulkan fitnah terhadap gerakan Islam sehingga masyarakat menjadi keliru antara realiti dan ilusi jalan perjuangan yang sepatutnya dibina gerakan Islam dalam menegakkan panji. Sebelum ini mereka berdegar-degar mengatakan bahawa sikap taqiyyah (berpura-pura) adalah pendustaan terhadap kesucian agama. Tanpa disedari, mereka sendiri mengguna pakai taqiyyah sebagai simbolik amar makruf nahi mungkarnya. Bagaimanapun kecacatan ini mampu diperbaiki dan diperjelaskan terutamanya dalam melabelkan sesuatu yang tidak tepat terhadap gerakan Islam sebagai bughah. Kita perlu mengambil sikap bahawa mereka yang menuduh masih saudara seagama kita dan berlapang dada terhadap kritikan mereka sekalipun ia tidak mencerna kebaikan terhadap gerakan Islam. Hakikatnya, perjuangan gerakan Islam yang tulus dalam arena politik cacamerba ini tidak mungkin semudah ‘copy and paste’ maklumat-maklumat di internet. Bahkan kesukaran mereka menjadi sunnah perjuangan bahawa usaha mengangkat martabat Islam akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ujian, fitnah dan mehnah daripada musuh-musuhnya. Gerakan Islam mesti bersedia untuk membayar harga yang mahal dalam perjuangan mereka, kerana gerakan Islam yang tulen tidak akan terjebak dengan sikap berkompromi dengan perkara dasar. Suatu ungkapan yang kerapkali disebut oleh salah seorang pensyarah kami di Kuliyyah Dakwah, Kaherah; Apakah Bughah Itu? Jika ia dilakukan tanpa menggunakan kekuatan, tindakan itu tidak dianggap sebagai jenayah bughah. Sebagai contoh, sekumpulan pekerja yang enggan melaksanakan tugasan. Maka ia tidak termasuk dalam kegiatan jenayah Bughah yang diperbincangkan ini. Tetapi ia dianggap sebagai melakukan kesalahan ta’zir dan urusan tersebut terserah kepada majikannya untuk menentukan hukuman terhadapnya. Pesalah di dalam contoh yang diberikan hanya digelar ‘fasid’ (perosak) dan bukan ‘Bughah’. Di dalam kitab Asna Matholib, jilid 4 ada disebut pengertian bughah; Menurut jumhur ulama’ hanya kategori penderhakaan dengan menggunakan kekuatan sahaja yang dianggap sebagai jenayah bughah sehingga boleh mengakibatkan huru-hara dan perang saudara. Al Quran dan al Hadith menyebut tentang jenayah Bughah ini, firman Allah Taala; Menurut riwayat daripada Ata’ bin Dinar daripada Said bin Jubair, ayat ini diturunkan ekoran daripada perselisihan yang berlaku di antara puak ‘Aus dan Khazraj sehingga mengakibatkan peperangan. Daripada dalil-dalil tersebut, mampulah difahami di sini bahawa maksud 2 golongan mukmin yang berperang itu antara satu sama lain sudah tentu salah satunya adalah bughah. Di dalam suatu riwayat hadith Rasulullah salallahualaihi wasalam ada disebutkan, mafhumnya berbunyi; “..Barangsiapa yang mengangkat senjata (menentang) kami, sesungguhnya ia bukan dari golongan kami..” Majoriti ulama Islam berpendapat bahawa adalah lebih baik jenayah bughah dibanteras untuk mengelakkan sebarang keburukan yang berlaku. Tetapi untuk melakukan hukuman terhadap mereka, jumhur fuqaha’ berpendapat tidak seharusnya tindakan kekerasan itu dimulai dengan keganasan pemerintah. Manakala sebelum menjalankan hukuman, para fuqaha’ berpendapat pemerintah hendaklah menasihati penentang-penentang tersebut. Harta-harta kepunyaan mereka (bughah) pula tidak layak diwarisi oleh pemerintah sebagaimana harta rampasan perang (ghanimah) atau dijadikan cukai kepada negara. Ini kerana golongan bughah bukanlah golongan kafir harbi dan murtad. Ada ulama’ Islam yang menyebut istilah bughah sebagai gerakan khawarij iaitu puak yang menentang khalifah dan membentuk wilayah eksklusif. Khawarij adalah kumpulan yang tidak bersetuju dengan pendirian Saidina Ali yang menerima syarat Muawiyyah untuk melakukan majlis tahkim. Hakikatnya, Khawarij juga merupakan pecahan daripada puak Syiah. Satu definisi yang disepakati oleh seluruh ulama Islam tentang Bughah ialah; "..penentangan terhadap pemerintah secara kekerasan..". Dalam al Quran penggunaan dalam pengertian yang agak khusus ini terdapat dalam firman Allah yang bermaksud; Ayat di atas menyatakan bahawa bughah bermaksud; “..melanggar kekuasaan di luar kebenaran..”. Sebagai suatu istilah, bughah dihuraikan oleh para fuqaha’ sebagai penentangan terhadap pemimpin berautoriti yang memerintah sehingga mengakibatkan suasana huru-hara dan peperangan. Menurut Imam Abu Hanifah rahimahullah, kumpulan yang ditubuhkan untuk melakukan kacau bilau kedudukan negara wajar diambil tindakan sebagai jenayah bughah sekalipun tanpa melibatkan penggunaan senjata. Namun, ia tidak bererti menyuarakan pandangan atau rasa tidak puas hati terhadap sistem pemerintahan tidak dibenarkan. Di dalam kertas kerja (al Baghy: Konsep & Pendekatannya Dalam Struktur Politik Masa Kini) yang pernah dibentangkan oleh Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, beliau telah menyebutkan bahawa ada 3 perkara utama yang layak dilabelkan kepada tertuduh sebagai jenayah bughah iaitu: Matlamat & Penubuhan Gerakan Sosial Kebiasaannya konsep gerakan yang mendominasi jamaah Islam lebih tertumpu kepada 2 pengertian; Oleh itu, wajar untuk kita memastikan matlamat sesebuah jamaah/ gerakan yang ditubuhkan supaya kita mengetahui wajah jamaah yang bagaimana sepatutnya yang diiktiraf oleh Allah sebagai firqah najiyyah, harakah soleh dan sebagainya. Firman Allah Taala; Allah Taala turut berfirman tentang pembinaan masjid ad dirar sebagai usaha membentuk jamaah lain yang bertentangan dengan kehendak syara’ ; Daripada kisah masjid Dirar ini, tidak sepatutnya kita berasa sangsi untuk mencabut segala usaha yang mengancam kesatuan Muslimin. Tanpa disedari, betapa banyak jamaah (pertubuhan) yang dipergunakan musuh Islam menjadi masjid Dirar merosakkan umat Islam dan memberi kekuatan sokongan terhadap musuh-musuh Islam. Jatuhnya Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924, adalah peluang musuh-musuh Islam untuk melebar luaskan fahaman-fahaman yang membinggungkan pendirian umat Islam. Oleh kerana itu, pergerakan komuniti yang berteraskan dakwah Islamiyyah yang bergerak melalui siasah secara ‘muwajahah silmiyyah’ perlu diwujudkan demi menjamin kesucian agama terpelihara. Hal ini dilihat melalui beberapa objektifnya, iaitu; Fenomena Bughah Pada Perspektif Sejarah Sebagaimana yang dimaklumi, Ammar bin Yasir dibunuh ketika beliau bersama-sama tentera Khalifah Ali radhiallahu anhu dalam memerangi tentera Muawiyyah. Pembunuh Amar bin Yasir bukanlah di kalangan sahabat Nabi tetapi merupakan salah seorang daripada tentera yang menyertai Muawiyyah. Tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Saidina Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kumpulan pembunuh Uthman radhiallahu anhu daripada (mendahului) urusan baiah. Khalifah Ali, sekalipun mengambil keputusan tidak terburu-buru melaksanakan hukuman tersebut tetapi beliau mempunyai perencanaan paling matang untuk menghadapi risiko perpecahan umat Islam ketika itu. Di sisi Ali bin Abi Talib, beliau bukan sengaja membiarkan para pembunuh Uthman berkeliaran secara bebas. Malah beliau mengetahui bahawa mereka yang membunuh Khalifah Uthman berselindung di kalangan umat Islam serta berpura-pura membaiah beliau. Akan tetapi dalam suasana umat Islam yang masih berpecah belah, adalah sukar untuk beliau mengambil sebarang tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, mudah baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Uthman. Dalam kaedah feqhiyyah ada disebutkan; Pengajaran daripada peristiwa sejarah yang melibatkan pertelingkahan para Sahabat iaitu Saidina Ali dan Muawiyyah radhiallahu anhuma ialah berfikir terlebih dahulu secara lumat untuk sebelum membuat keputusan yang kemugkinan boleh merugikan umat Islam. Bukannya membuat keputusan dengan menggunakan taktik cemuhan dan takfir (mengkafirkan) sebagaimana halnya puak-puak khawarij. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam; Beriltizam Kepada Gerakan Islam Dalam pada kewajipan seorang Muslim itu mempunyai ketua, mereka juga dianjurkan untuk memiliki suatu tanzim (sistem) yang mempunyai kredibiliti untuk diketengahkan kepada masyarakat supaya tidak diperlekehkan oleh musuh-musuh Islam. Saiyidina Ali karramallahu wajhah pernah menegaskan; Kewajipan bersama dan membentuk jamaah juga turut disebut Rasulullah salallahualaihi wasalam, sabdanya; Telah berkata Saidina Umar al Khattab radhiallahu anhu; Ada kemungkinan sebahagian jamaah lebih dekat kepada kebenaran dalam memahami Islam berbanding sebahagian yang lain. Tetapi yang pasti, tidak ada jamaah yang terpelihara daripada setiap kesalahan, bersih daripada segala aib, sekalipun mempunyai wasilah-wasilah yang Islamik. Walaubagaimanapun, memperteguhkan dan menguatkan jamaah Islam yang ada merupakan lapangan yang terus dibuka untuk diamati dari waktu ke waktu. Mana-mana jamaah Islam yang jelas perjuangannya sudah tentu menginginkan hari ini lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Kesalahan Pemerintah Wajar Ditegur Perkara yang tidak disukai ditafsirkan oleh mereka sebagai semua perkara yang tidak disukai rakyat termasuk perkara maksiat dan zalim yang dilakukan pemerintah. Pada tafsiran mereka, rakyat perlu bersabar dan berlapang dada sahaja. Ini adalah pendustaan yang dilakukan atas nama hadith. Fahaman seperti hanya menyebabkan berlakunya percanggahan antara nas-nas yang sahih. Cuba kita lihat satu hadith lain yang boleh difahami sebagai bercanggah dengan hadith daripada Ibn Abbas di atas jika tidak dilakukan penyelarasan antara hadith yang umum dengan hadith yang khusus. Hadith yang menyebut secara khusus itu ialah; Dalam satu peristiwa lain pula; Dr. Yusuf al Qardhawi menerangkan di dalam kitab Feqh Daulah pada muka surat 124, bahawa lafaz hadith tersebut hendaklah ditunaikan setelah kita ‘melihat’ (ra’ie) dan bukan sekadar khabar angin, lalu kita melakukan tohmahan dan cercaan kepada si pembuat mungkar. Hal ini sebagaimana yang ada disebutkan di dalam hadith Rasulullah salallahualahi wasalam bahawa Allah Taala menyembunyikan (memaafkan) kesalahan manusia yang dilakukan tidak secara terang-terangan; Jika diteliti secara benar keterangan umum ' sesuatu perkara yang tidak disukai ' dalam hadith riwayat Ibn Abbas rahimahullah itu adalah khusus pada perkara-perkara yang bukan kemungkaran seperti bentuk fizikal atau asal keturunan seseorang pemerintah itu. Ada pun bila pemerintah sendiri melakukan kemungkaran, sudah pasti masyarakat yang memiliki roh keimanan tidak menyukainya. Maka mencegahnya adalah wajib tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun tanpa melibatkan penggunaan senjata. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Sheikh Abdurrahman al Maliki : Al Hafiz Ibn Hajar al Asqalani menambah dengan menyatakan pendapat ad Dawudi di dalam kitabnya, Fathul Bari dengan menyebut; Umar al Khattab radhiallahu anhu ketika beliau menjadi khalifah pernah mendakwa kesalahan seorang lelaki yang melakukan perkara maksiat dengan perempuan lain. Peristiwa ini ada disebut oleh Imam Abu Hamid al Ghazali di dalam kitab Ihya’ Ulumiddin yang menerangkan tentang ‘menganjurkan perkara makruf dan menegah yang mungkar’. Bagaimanapun, lelaki yang bersalah itu melakukan pendakwaan kesalahan pula terhadap Umar; Mendengar dakwaan seperti itu, lalu Umar al Khattab bertanya kepadanya; “..Apakah dia kesalahanku..?”. Kemudian lelaki tersebut menjawab; Jawapan tersebut diterima Umar dengan hati yang terbuka dan beliau meninggalkan lelaki tersebut dengan syarat supaya lelaki tersebut bertaubat daripada perbuatan dosanya. Ini menunjukkan bahawa, sekalipun pemerintah berhak menegah kesalahan rakyatnya tetapi bukan bermaksud rakyatnya tidak berhak menyatakan pandangan sendiri terhadap pemerintahnya pula. Kesabaran Yang Dianjurkan Dr. Yusuf Qardhawi di dalam Feqh Daulah turut menyebutkan keperluan umat Islam supaya mengubah pihak pemerintah yang menolak cita-cita dakwah. Beliau menyarankan supaya umat Islam membina kekuatan pergerakan rakyat yang menyeluruh dan tidak mampu dihalang oleh sesiapa, sekalipun angkatan bersenjata. Sesiapa yang tidak mempunyai kekuatan tersebut hendaklah ia bersabar sehingga mampu memilikinya. Dalam masa tersebut, maka dakwah diteruskan dengan lisan, menulis dan segala ruang yang ada . Seterusnya Rasulullah salallahualaihi wasalam bersabda; Sikap sabar terhadap korupsi pemimpin melunturkan dosa, menambahkan pahala. Allah Taala tidak menurunkan pemimpin yang zalim ke atas manusia melainkan kerana kerosakan perbuatan rakyatnya sendiri. Balasan ini adalah sesuai dengan sikap rakyat yang perlu diinsafi. Selaku hamba Allah, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh bertaubat dan memperbaiki amalan. Firman Allah Taala yang bermaksud; Allah Taala turut berfirman lagi yang maksudnya; Al Quran dan al Hadith telah menyampaikan pengetahuan kepada manusia tentang perkara yang haq dan juga perkara yang batil. Oleh itu, apabila sekumpulan rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan. Beberapa kezaliman yang boleh disenaraikan di sini termasuklah; Demokrasi Sebagai Platform Memilih Pemimpin Pemerintahan yang diiktiraf semestinya yang mendaulatkan sistem perundangan Islam dan mengamalkan dasarnya secara adil. Sesiapa yang memperhatikan substansi demokrasi, tentu ia akan melihat bahawa sebahagian daripada kehendak Islam. Islam tidak membenarkan seseorang menjadi imam solat yang tidak disukai orang-orang yang makmum di belakangnya. Di dalam hadith disebutkan “..Tiga golongan yang solatnya tidak boleh naik di atas kepala mereka sekalipun hanya sejengkal..” lalu baginda menyebutkan yang pertama di antaranya; Manakala hadith lain menyebutkan bahawa wajar untuk kita menolak ketaatan terhadap pemimpin yang sampai kepada tahap kufr bawwah (kekufuran yang nyata); Demokrasi diakui bukan 100% berasal daripada Islam dan ia adalah salah satu daripada sistem plagiat daripada acuan barat. Apa yang negatif didapati daripada sistem demokrasi ini kerana ia bererti perutusan majoriti rakyat untuk menetapkan hukum dan bukan hukum yang menetapkan manusia. Timbul daripada celahan jawapan ini, maka muncullah sekumpulan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada gerakan Islam atau sebaliknya. Seterusnya bertebaranlah kalimah Allah Taala di mulut-mulut mereka; Pendapat seperti ini samalah seperti golongan Khawarij yang kemudiannya dibantah Saidina Ali bin Abu Talib dengan berkata; Sebenarnya, seluruh gerakan Islam sendiri berpendapat bahawa keputusan majoriti bukanlah kata pemutus pada semua perkara termasuk hal-hal yang berkaitan agama. Namun, menerima pendapat majoriti yang diakui oleh gerakan Islam adalah hanya pada perkara-perkara yang melibatkan dalil-dalil zanni yang bersifat mutaghairah (berubah) sahaja. Manakala hal-hal Islam yang melibatkan dalil-dalil qat’ie (tetap) dan prinsip yang tidak boleh berubah, maka pendapat majoriti manusia tidak boleh diterima sama sekali. Firman Allah Taala; Rata-rata gerakan Islam yang terlibat dengan sistem demokrasi tidak pernah menyatakan mereka beriman dengan demokrasi apatah lagi memperjuangkan ideologinya. Dan apabila gerakan Islam yang turut serta dalam lapangan demokrasi tewas dalam pilihanraya, mereka pula dituduh sebagai gerakan bughah (penderhaka). Hal sedemikian adalah tidak bertepatan dengan realiti sebenar yang berlaku . Apatah lagi gerakan Islam yang selalunya menceburi bidang politik jarang mendapat tempat dan sering dipulaukan. Hal ini terbukti sejak gerakan Ikhwanul Muslimin yang mendominasi gerakan politik dakwah, terdapat satu usaha untuk menghentikan peranan mereka dalam medan politiknya. Islam cuba dijadikan semata-mata agama yang bergerak hanya di tikar-tikar masjid dan di mimbar-mimbarnya, dan inilah satu gambaran bahawa agama Islam cuba dieksploitasi agar ia seangkatan dengan agama-agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu, Shinto dan sebagainya yang hanya mengambil berat soal-soal ibadat dan urusan perkahwinan. Sebenarnya dalam sistem demokrasi yang dianggap legasi jahiliyah dan undang-undang kafir, ada beberapa kesempatan yang boleh diambil manfaat untuk menyatakan risalah Islam. Cara ini telah dilakukan oleh Rasulullah salallahualaihi wasalam yang disebut sebagai peraturan al himayah wal jiwar. Rasulullah salallahualaihi wasalam sendiri memanfaatkan peraturan tersebut dengan mengambil bapa saudaranya, Abu Talib sebagai al himayah. Begitu juga Rasulullah salallahualaihi wasalam diberi petunjuk oleh Abdullah bin Uraiqit, seorang non-Muslim untuk laluan hijrahnya ke Madinah. Rasulullah salallahualaihi wasalam memanfaatkan kemahiran non-Muslim tersebut, bukan bermakna Baginda menjatuhkan prinsip Islam. Begitu juga apabila kita menggunakan program komputer seperti Windows, Linux, Mac dan sebagainya bukan bermakna kita terpaksa menukar aqidah kepada pegangan si pereka program berkenaan yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat non-Muslim.Daripada apa yang dilakukan oleh Rasulullah salallahulaihi wasalam itu, menunjukkan kepada kita bahawa dibenarkan manfaat-manfaat di luar kawasan Muslim jika ia tidak merugikan Islam dan prinsip-prinsipnya. Antara dalil yang membuktikan bahawa Islam mengizinkan penelitian dan penerimaan dibuat terhadap sesuatu idea baru, walaupun ia datang dari luar Islam sebagaimana pengiktirafan Rasulullah salallahulaihi wasalam terhadap ‘guide’ Syaitan kepada Abu Hurairah radhiallahu anhu agar membaca ayat Kursi untuk mengelakkan diri daripada gangguannya. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu anhu; Bagaimanapun penglibatan gerakan Islam di dalam proses demokrasi adalah bersifat sementara selagi sistem demokrasi membenarkan gerakan Islam bergerak bebas tanpa banyak halangan dan sekatan. Jadi bukan bermakna gerakan Islam menerima demokrasi, maka mereka menolak corak pemerintahan Islam yang sebenar. Demokrasi hanyalah sebuah sistem interaksi antara pemerintah dengan rakyatnya selama ia tidak bertentangan dengan Islam, maka dapat diambil. Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam bersabda: Konteks Pembangkang Dalam Negara Pembangkang juga dibenarkan untuk menubuhkan suatu organisasi atau parti. Mereka boleh memaparkan kritikan-kritikan terhadap penguasa di samping memperkenalkan kaedah untuk memperbaiki kerajaan. Dengan itu, kewujudan parti atau individu yang membangkang tidak wajar dikategorikan sebagai Bughah. Ini kerana, selain daripada tidak menggunakan kekerasan kewujudannya dalam sesebuah pemerintahan demokrasi adalah diiktiraf rakyat. Sepatutnya sebagai pemimpin apabila timbul kumpulan yang mendakwa, membangkang dan mengkritik bahawa ada penyelewengan dan mereka benar dalam dakwaan itu. Maka menjadi kewajipan pemerintah menghapuskan dahulu penyelewengan yang dilakukan. Selepas itu barulah pemerintah menyeru mereka supaya kembali taat dan mereka wajib kembali taat. Jika mereka enggan, maka pemerintah berhak memerangi mereka. Saidina Umar al Khattab contohnya, tidak pernah menganggap kritikan dan bangkangan sebagai penentangan dan provokasi. Sebaliknya beliau memandangnya sebagai bukti bahawa umat Islam pada waktu itu kuat dengan keberanian rakyat. Saidina Umar radhiallahu anhu sendiri pernah mengungkapkan perkataan seperti ini; Oleh itu, tindakan aktivis yang mewakili gerakan pembangkang sebenarnya tidaklah menjadikan diri mereka sebagai bughah yang harus dihapuskan oleh pemerintah. Ini berdasarkan sebab-sebab berikut: Apa yang menjadi kewajipan dan tanggungjawab pembangkang adalah menjaga keharmonian dan tidak bersikap ghuluw (melampaui batas). Bagaimanapun, telah banyak gerakan-gerakan sosial berorientasikan Islam menceburkan diri di dalam lapangan politik dan kehadiran mereka diterima baik oleh masyarakat sebagai penyelamat. Namun, penglibatan gerakan Islam ini di medan demokrasi ini sukar mendapatkan tempat sebagai pelindung kepada moral penguasa yang ada terhadap agamanya. Jika kita mengimbau tahun 1981, Prof. Necmettin Erbakan pernah menubuhkan parti Islam yang dikenali sebagai Hizbu Refah (Welfare Party). Prof. Necmettin Erbakan sering mendapat kecaman dan tentangan daripada fahaman sekular seperti parti Ciller & Yilmaz. Di antara misi Refah yang ditakuti Barat ialah Harakah al Muqawwamah al Islamiyyah (HAMAS) juga, sekalipun mereka mendapat kepercayaan rakyat sebagai gerakan Islam tulen untuk memerintah Palestine namun mereka banyak dikecam oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. Bahkan ekonomi dan kestabilan politik mereka juga diganggu supaya kerja pentadbiran mereka tidak dapat dijalankan dengan kemas. Apa yang memalukan, negara Malaysia sendiri pernah menolak kedatangan menteri luar Palestine daripada parti HAMAS, Mahmoud Zahhar sekalipun kewujudan HAMAS diiktiraf rakyat Palestine sebagai penguasa. Banyak gerakan Islam yang sanggup bergerak di bawah bidang kuasa demokrasi yang ada, sebagai membuktikan sikap dan tanggungjawab mereka selaku pengikut Rasulullah salallahualaihi wasalam serta menghormati prinsip-prinsip mentaati pemimpin itu sendiri. Walaubagaimanapun, contoh di atas adalah prinsip demokrasi pula dicabuli oleh golongan elit yang berkuasa. Ini menunjukkankan bahawa ada perancangan supaya gerakan Islam hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan mengambil sikap konfrontasi dan keras terhadap pemerintah. Hizbu Nabhani, Berjihadlah Di Palestine Perselisihan antara jamaah Islam dengan jamaah Islam yang lain adalah sama halnya dengan perselisihan yang berlaku di antara para ulama’ mazhab. Penulis bersikap positif bahawa mereka yang berperanan mengetengahkan idea Hizbu Nabhani ataupun Hizbu Tahrir ini bermula daripada niat yang baik untuk membentuk khilafah Islam. Bagaimanapun penulis merasakan kebangkitan ini bukanlah kebangkitan yang diharapkan selagi mana proses demokrasi masih boleh dilakukan secara aman. Adalah lebih baik tanggungjawab dakwah diutamakan dan aktiviti kebajikan dilakukan, daripada sibuk menarik elemen-elemen kekuatan gerakan Islam dengan dakwa-dakwi mereka yang kononnya bekemampuan luarbiasa untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah. Hal ini sebagaimana kenyataan yang pernah disebutkan oleh pendokong-pendokong gerakan Hizbu Tahrir; Ia juga merupakan pendekatan terbaik yang telah dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Memandangkan tiadanya nas-nas qat’ie yang menegahnya, maka ia adalah ijtihad al jama’ie yang mengambil kira suasana politik setempat. Firman Allah Taala; Daripada ayat ini, jika pihak musuh politik yang berlawanan dengan kehendak Islam menggunakan sistem demokrasi. Maka begitu halnya gerakan Islam menentang mereka dengan menggunakan sistem ini juga. Menegakkan khilafah hukumnya wajib dan barangsiapa tidak menegakkannya, padahal ia mampu maka ia telah berbuat maksiat kepada Allah. Sementara jika kita meninjau realiti kaum muslimin dalam kondisi sekarang ini, jelas mereka tidak mampu untuk mewujudkan khilafah walaupun seorang khalifah. Menggulingkan pemerintahan yang ada dengan melakukan aktiviti yang menggelisahkan dan memburukkan gerakan Islam, adalah perbuatan yang sangat tidak cermat. Imam Nawawi rahimahullah dalam mensyarahkan hadith Muslim, ada menyatakan bahawa keluar daripada mentaati pemerintah & memeranginya (dengan senjata) adalah haram secara Ijma’ sekalipun mereka itu fasiq dan zalim. Ini kerana dikhuatiri akibat daripada penentangan terhadap mereka akan membawa kepada fitnah dan pertumpahan darah yang lebih besar. Hal ini sebagaimana yang disebut di dalamnya; Konflik di antara kebangkitan Islam sebahagian rakyat dengan kerajaan dengan cara mewujudkan semangat-semangat ingin memberontak tidak menguntungkan umat Islam sendiri. Secara pragmatik, gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin terus kecundang dan tidak berjaya seperti berlaku di Syria. Gerakan Islam perlu menggunakan cara aman dan menolak sebarang aktiviti yang berunsur revolusi berdarah. Sikap keras Parti Refah di Turki juga telah menyebabkan kuasa yang diperolehinya dirampas kembali oleh tentera. As Syahid Imam Hassan al Banna menegaskan dalam usul ke-20 bahawa:”..Kita tidak mengkafirkan seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah melainkan jika dia menuturkan perkataan atau melakukan perbuatan yang tidak boleh ditakwilkan melainkan kufur..”. Asas kefahaman ini menjadi teras perjuangan Ikhwanul Muslimin bahawa perjuangan mereka adalah sebagai pendakwah bukannya penghukum. Sebab itu, apabila wujudnya idea mengkafirkan Gamal Abdul Nasser, Presiden Mesir kedua selepas Muhammad Naquib kerana kekejamannya menyeksa pejuang Islam di Mesir. Maka Hassan al Hudhaibi, pemimpin ikhwan selepas Hassan al Banna telah menulis buku ‘Nahnu Du’ah la Qhudah’ (Kami Pendakwah Bukan Penghukum). Begitu juga apabila Presiden Anwar Sadat dibunuh kerana menerima perjanjian Camp David , Omar al Tilmisani yang merupakan pimpinan Ikhwanul Muslimin selepas Hassan al Hudhaibi juga menegaskan bahawa bukanlah cara pendokong gerakan Ikhwanul Muslimin menyelesaikan masalah dengan kekerasan. Penjelasan supaya kumpulan Ikhwahul Muslimin bersikap positif diucapkan oleh Omar al Telmesani walaupun beliau tidak menafikan bahawa Pembunuhan Anwar Sadat adalah petanda khianat kemenangan tentera Mesir menentang Yahudi semasa 6 Oktober. Tumpuan Gerakan Islam Bukan Hanya Pada Siasah Apatah lagi kepada belia-belia Islam yang masih menuntut ilmu supaya dapat menimba curahan maklumat dengan sebaik-baiknya demi kesinambungan dakwah Islam seantero dunia. Firman Allah Taala; Mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu dan akhlak Islam sangat dituntut kepada penggerak-penggerak agama. Bukan menjadi orang yang hanya sekadar membaca buku-buku setebal tafsiran Sahih Bukhari dan sebagainya, lantas mendabik dada mengatakan setiap ucapannya yang memiliki dalil adalah ijtihad dan paling rajih. Jika perkara ini berlaku, ia menggambarkan satu manifestasi kejahilan yang sangat membimbangkan. Natijahnya berlakulah peristiwa yang kerap disebut oleh doktor kami di kuliyyah Dakwah, al Azhar; Dalam pada menggerakkan kekuatan dakwah, ilmu dan amal kepada manusia ia perlu dijalankan secara berperingkat dan tidak terburu-buru untuk mencapai matlamatnya. Telah berkata Khalifah Umar Ab Aziz radhiallahu anhu kepada anaknya supaya melakukan perubahan drastik ketika beliau memegang tampuk pemerintahan; Gerakan Islam sepatutnya tidak menjadikan penguasaan dan kemenangan dalam politik demokrasi sebagai keutamaan. Kemenangan yang besar adalah apabila masyarakat semakin sedar untuk mencintai Muhammad salallahualaihi wasalam dan ajarannya. Seharusnya gerakan Islam mengambil contoh daripada pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz yang hanya memerintah selama 2 tahun 5 bulan berbanding khalifah-khalifah sebelum beliau memerintah lebih lama berbandingnya. Walaupun pemerintahannya singkat tetapi beliau banyak melakukan perubahan yang baik terhadap Islam. Isunya bukan selama mana seseorang itu memerintah tetapi apakah sumbangan yang dilakukan oleh seseorang itu sepanjang pemerintahannya. Dalam melontarkan pandangan seperti ini, penulis barangkali benar dan boleh jadi salah. Apapun kesalahan penulis, hanya pembaca sahaja yang berhak membetulkannya dan moga-moga Allah Taala berkenan menjelaskan kebenaran daripada mana-mana pihak berdasarkan dalil-dalil syariat, membuang syubahat dan menegakkan hujjah. Dalam surat yang ditujukan kepada Abu Musa al Asyaari, khalifah Umar pernah berkata: Wallahua’alam
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen. Powered by AkoComment 2.0! |
|||
| Dikemaskini ( Selasa, 03 April 2007 ) | |||
