webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu
Penulisan Sebagai Medium Dakwah PDF Cetak E-mail
Kadaran oleh Pengguna: / 2
TerukBagus 
Ditulis oleh Noor Sharkilla Zaima Ismail   
Ahad, 25 Mac 2007
HAMKA adalah akronim daripada Haji Karim Amrullah, seorang tokoh sasterawan, ulama dan pendakwah Islam yang menjadi sanjungan masyarakat nusantara. Tidak janggal menyebut namanya, kerana beliau cukup dikenali lewat karya-karyanya berunsur dakwah yang kaya dengan penggunan falsafah dan nasihat. Keghairahan beliau menceburkan diri ke dunia mata pena sahaja sudah cukup menjadikan ramai masyarakat yang tersentuh dengan pemikiran dan cetusan beliau di dalam arena dakwah Islam dan tafsir.

Muhammad Natsir yang lebih dikenali dengan Pak Natsir di mana beliau bukanlah tokoh pidato yang berapi-api menyampaikan syarahan. Namun, hanya dengan platform penulisan sahaja pemikiran dan sanjungan beliau terhadap ilmu-ilmu dakwah dapat dimanfaatkan sehingga ke hari ini. Biarpun mereka telah pergi meninggalkan generasi mutakhir kini, tetapi penulisan mereka masih tetap segar dan ditatap sebagai imbuhan maklumat dan pengetahuan. Penulis juga adalah seorang manusia yang gemar berinteraksi dengan masyarakat dan suasana, memberikan respon pada fenomena atau gejala yang berlaku pada persekitaran dan dunianya, serta membentuk pandangan dan menbina idenya dalam penulisan. Individu penulis adalah insan diam tetapi bergerak. Mungkin tampak senyap dan diam, tetapi ghairah dan mendesak-mendesak dalam dunia mata pena yang lebih tajam daripada pedang. Golongan penulisan mewakili ummah atau masyakat, tetapi acap kali lebih mewakili golongan serta kelompok tertentu.

Antara contoh lain yang dapat dilihat ialah perkembangan bahasa dan sastera pada zaman Kerajaan Bani Umayyah yang dipelopori oleh Ibn Hazm dan Ibn Zaindun. Selain itu juga, pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah merupakan zaman keemasan perkembangan zaman penulisan yang pesat dan meluas melalui penulisan buku, terjemahan atau melalui hubungan diplomatik dan perdagangan antarabangsa termasuklah Eropah, India dan China. Al Hafiz ibn Hajar al Asqalani, sekiranya beliau tidak gemar menulis sudah tentu karyanya tidak dapat dimanfaatkan oleh kita sehingga ke hari ini. Seorang lagi sasterawan Arab yang sangat prolifik dan kritis ialah al Jahiz. Beliau telah menghasilkan lebih kurang 200 karya sastera. Antara karyanya yang paling terkenal berjudul al Bayan wa al Tabyin yang membicarakan tentang teori sastera. Selain itu, terdapat juga ulama tersohor yang lain menyampaikan ilmu melalui penulisan. Antaranya ialah Ibnu Sina yang mahir dalam ilmu perubatan, al Khawarizmi yang pakar dalam ilmu matematik malah sebenarnya masih terdapat ramai lagi ilmuan-ilmuan Islam yang muncul menumpahkan segala-gala maklumat dan ilmu dengan kemahiran menulis untuk tetapan generasi akan datang.

Penulis yang menganggap mahu mewakili ummah Islam, mereka akan sentiasa membawa wadah-wadah Islam pada mata penanya. Imam Hassan al Banna rahimahullah sendiri pernah menggunakan bidang persuratan sebagai skema dakwah bil hikmah. Imam Hassan al Banna pernah juga menggunakan teknik persuratan untuk menegur imam di masjid. Diceritakan imam masjid tersebut khuatir pembaziran air berlaku kerana kehadiran murid-murid sekolah yang bersolat jamaah di masjid. Apabila sampai khabar ini kepada Imam Hassan al Banna, beliau lalu menulis surat untuk dihantar ke peti aduan masjid. Imam Hassan al Banna hanya menulis sepotong ayat al Quran yang berbunyi;

.. ولا تطرد الذين يدعون ربهم بالغداة والعشى يريدون وجهه  ما عليك من جسابهم من شئ وما من حسابك عليهم من شئ فتطردهم من الظالمين..

Apabila surat ini sampai kepada pengetahuan imam tersebut, tersedarlah ia akan kesilapannya sambil berpesan kepada murid-murid sekolah tersebut supaya turut bersama solat jamaah di masjid dengan syarat supaya mereka membantu untuk memenuhkan tangki air masjid sebelum para jamaah datang memenuhi masjid tersebut.

Dalam hal ini jelaslah bahawa, ulama-ulama terdahulu juga menyampaikan dakwah mereka melalui sistem penulisan. Tidak hairanlah, ilmu-ilmu yang mereka karang mampu bertahan hingga kini. Bak kata pepatah ‘ tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan’. Sebagai renungan, menulis adalah satu jihad yang harus dimaklumi andai rasa tanggungjawab itu saban hari mengasak jiwa dan sensitiviti sebagai umat Islam sentiasa segar dalam roh mukmin. Andai tiada yang telus meluah rasa, tiada yang sudi memindahkan ilmu dalam dada di atas kertas, bagaimana nikmat Islam itu telah kita kecapi pada hari ini?

Menyedari betapa pentingnya aktiviti penulisan di dalam mencorak pemikiran, keyakinan dan budaya seseorang individu dan masyarakat, maka sewajarnya golongan mahasiswa dan mahasiswi Islam di universiti al Azhar terutamanya menjadikan aktiviti penulisan sebagai salah satu medan dakwah yang penting. Saluran jihad pena ini perlu digarap secara lebih agresif dan professional. Malah medan ini perlu diceburi oleh para pendakwah secara lebih kreatif, produktif dan bersistematik. Sekalipun ia sering dikaitkan hanya platform bersifat sekunder, tetapi kemahiran menulis ini perlulah dimiliki oleh golongan yang ingin menggagaskan Islam kepada masyarakat.

Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini, bukankah kita bertanggungjawab memindahkan ilmu-ilmu turath ke dalam penulisan kreatif yang diketahui bahawa ada ilmu bantunya? Lantaran ilmu bantu itu wajar dicedok melalui pembacaan dan pemahaman melalui kitab-kitab yang membincangkan hal-hal agama. Oleh yang demikian, menjadi seorang penulis tidak wajar hanya menguasai karya seni bahasa dan pertuturan semata-mata. Bahkan menjadi seorang tokoh agama yang bijak mengatur ilmu pena, perlu juga menjadi seorang yang rajin membaca. Dalam hal ini, kita selaku dai’e sewajarnya terjun dalam bidang penulisan untuk menyampaikan risalah yang dibawa oleh Rasul junjungan kita Muhammad salallahualaihi wasalam. Tidak semua manusia dikurniakan Allah, lidah yang petah dan mahir mengolah perkataan dalam medan bicara. Oleh itu, menulis haruslah dijadikan sebagai medium dakwah demi menjawab segala persoalan fitnah yang acapkali menghujum nama Islam itu sendiri. Penulisan juga merupakan uslub al hikmah dalam melakukan kegiatan dakwah, benarlah bidalan ini bahawa mata pena lebih tajam berbanding mata pedang.

Sumber rujukan :
1) Laman web (www.blogspotsyarifahsalha)
2) Laman web (www.blogspotnisaharun)
3) Buku Sejarah Peradaban Dunia dikarang oleh Khasnor Johari, Mahayudin Haji
     Yahya, Muzaffar Tate, Qasim Ahmad, Rohana Zubir
4) Koleksi Suara Kampus BKAN dan DPM

Ruangan Komentar

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen.
Sila login atau daftar.

Powered by AkoComment 2.0!

Dikemaskini ( Selasa, 03 April 2007 )