| Barnaba Menyebut Tentang Rasul Terakhir |
|
|
|
| Ditulis oleh Mohd Azmir Hj. Maideen | ||
| Selasa, 11 September 2007 | ||
|
Segala puji bagi Allah kerana-Nya kita masih mengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini. Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan syurga yang dijanjikan oleh Allah Taala. Ketahuilah !! Islam akan sentiasa menyeberangi medan dalam menentang kebatilan yang diwujudkan dengan pelbagai bentuk dan keupayaan. Kronologi pertembungan antara kebenaran dengan kebatilan merupakan kisah silam yang akan berterusan sehingga munculnya hari kiamat. Al Quran adalah panduan umai Islam, satu-satunya kitab yang tidak diubahsuai dan boleh dipercayai yang telah diturunkan untuk membetulkan kesalahan-kesalahan dan mengekalkan mana-mana ajaran-ajaran betul yang terkandung di dalam kitab-kitab sebelumnya. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam; لا تزال من أمتى ظاهرين على الحق لا يضرهم من خالفهم حتى يأتى أمر الله.. - الحديث ”..Akan sentiasa ada kumpulan dari kalangan umatku yang bangkit menegakkan kebenaran, mereka tidak sekali merasa mudharat kepada sesiapa yang menentang mereka sehingga datang janji Allah (sama ada mati syahid atau memperolehi kemenangan)..” Memandangkan Islam yang merupakan agama penutup dalam edaran hubungan perutusan langit dan bumi, maka ia terdedah kepada lebih banyak musuh dan serangan. Kesamaran dan salah faham sengaja diwujudkan untuk menentang Islam telah wujud sejak sekian lamanya. Ancaman musuh-musuh Islam ini tidak berubah melainkan dalam tekniknya yang dipintal secara ilmiah. Walau bagaimanapun, pemikir-pemikir Islam sentiasa bertungkus-lumus melaksanakan tangunggjawab dalam menangani kekeruhan yang dilakukan oleh mereka. Bagaimanapun, musuh-musuh Islam ini terlebih dahulu melakukan kesesatan terhadap agama asal mereka. Contohnya apa yang berlaku kepada penganut agama Kristian, di kalangan mereka berani mengarang dengan mengubah suai kandungan nas asal kitab-kitab Injil demi kepentingan mereka sendiri. Memang mereka menggunakan bahan-bahan tradisional, tetapi mereka tidak teragak-agak untuk menambah dan menguranginya. Hal ini diakui oleh sejarawan Ahmad Syalabi dengan mengatakan bahawa Paul, Luke dan John (Yuhana) mengubah ajaran yang sebenar dibawa oleh Nabi Isa alaihissalam. 4 jenis injil yang diimani penganut Kristian seperti injil Paul, Luke, Matthew (Matius) dan John. Sebelum ini ia tidak dianggap suci oleh penganut Kristian, sehinggalah keempat-empat Injil ini diwartakan oleh Canon (hukum gereja). Pada awalnya ia adalah ibarat karangan biasa kerana mereka boleh mengubah untuk melanggar isi kandungannya. Perubahan terus berlaku di dalam kandungan Injil ini dan ia terbukti jika semakan perbandingan dibuat terhadap masnuskrip-manuskrip yang awal. Bagaimanapun kemunculan Injil Barnaba (Evangile Barnabas) yang pada mulanya dirahsiakan akhirnya menggugat dunia Kristian. Mengapa jadi begitu? Pada tahun 1907 edisi bahasa Sepanyol diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris oleh Lonsdale Ragg dan Isterinya, Laura Ragg dan kemudiannya diterbitkan oleh Oxford University dengan berjudul ’The Gospel of Barnabas’. Setahun kemudiannya iaitu 1908, seorang arkeologi Arab pula iaitu Dr. Khalil Sa`adah menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Injil Barnaba adalah satu-satunya injil tunggal yang ditulis oleh salah seorang ’hawariyy’ jamaknya ’hawariyyun’ (gelaran para sahabat Isa alaihissalam yang setia) bernama Barnaba. Diriwayatkan, Barnaba pernah bersama Isa alaihissalam selama 3 tahun membantunya menyampaikan ajarannya dan ia berbeza 4 tokoh penulis-penulis injil yang telah disebutkan (Paul, Matthew, Luke dan John) kerana para penulisnya tidak pernah bersama Isa alaihissalam. Barnaba hidup bersama Isa alaihissalam dan secara tidak langsung beliau memiliki maklumat yang terpercaya mengenai ajaran Isa alaihissalam. Walau bagaimanapun, kebenaran yang dibawa oleh Barnaba disekat oleh Paus Pius Glasius I yang menduduki takhta kerajaan Rom pada tahun 492 Masihi, di mana Glasius mengeluarkan perintah larangan membaca kitab Barnaba secara public. Jika diperhatikan tahun Glasius melakukan larangan tersebut, ini bererti kewujudan injil Barnaba sudah lama ada sebelum kedatangan Muhammad salallahualaihi wasalam. Oleh kerana kebenaran injil Barnaba menggugat pegangan yang selama ini menjadi lidah rasmi penganut Kristian terhadap ajaran triniti, maka injil Barnaba ditolak bermati-matian dengan dakwaan mereka bahawa ia adalah ciptaan ilmuan-ilmuan Islam dari Universiti al Azhar. Sedangkan ulama Islam ketika itu antaranya seperti Imam Sayyid Redha al Husaini hanya menaqalkan apa yang telah direkodkannya di dalam bahasa Itali. Apa gunanya ilmuan Islam seperti Imam Sayyid Redha melakukan gerakan penulisan injil Barnaba, padahal umat Islam sendiri telah memiliki hujjah paling konkrit & paling muktabar yang disampaikan daripada mukjizat Nabi Muhammad di dunia & di akhirat iaitu al Quranul Karim. Kemuliaan al Quranul Karim adalah dalil yang mutawatir paling berhak berdepan dengan kesesatan ajaran Kristian Nasrani. Bagaimanapun sebagai tanda kekuasaan Allah, injil Barnaba yang pada mulanya dirahsiakan pihak gereja akhirnya ditemui semula pada tahun 1709 dan penemuannya terus sahaja dibawa ke Vienna, Austria. Penemuan ini telah membuatkan tokoh pendeta besar ketika itu, Laten Framino memeluk agama Islam. Persoalannya, mengapa pihak gereja menolak injil Barnaba? Tidak syak lagi ia adalah disebabkan beberapa perkara dari isinya yang merupakan justifikasi terhadap agama Islam, iaitu; قال يسوع باكيا: يا برنابا.. يجب أن اكاشفك بأسرار عظيمة يجب عليك مكاشفة العالم بها بعد انصرافى منه.. – * إنجيل برنابا * [ Jesus, weeping said; ..’O Barnabas, it is necessary that I should reveal to thee great secrets, which, after that I shall be departed from the world, thou shalt reveal to it. ] Mendengar reaksi Nabi Isa alaihissalam, lalu Barnaba turut menangis sambil berkata; يا من هو طاهر ونبى الله لايحسن بك أن تكثر من البكاء.. - * إنجيل برنابا * [ Prophet of God, it is not fitting for thee to weep so much. ] Jawab Isa alaihissalam; أقول إننى لو لم أدع إلها لكنت حملت إلى الجنة عندما انصرف من العالم أما الآن فلا أذهب إلى هناك حتى الدينونة. فترى إذا كان يحق لى البكاء.. - * إنجيل برنابا * [ I tell thee that if I had not been called God I should have been carried into paradise when I shall depart from the world, whereas now I shall not go thither until the judgement. Now thou seest if I have cause to weep. ] Selain itu, turut berlaku pada satu malam, Nabi Isa bersama kumpulan hawariyyun berkumpul. Lalu Isa alaihi salam berkata kepada mereka sebagaimana yang disebut pada fasal ke-72; لاتضطرب قلوبكم ولا تخافواْ. لأنى لست أنا الذى خلقكم بل الله الذى خلقكم يحميكم.. أما من خصوصى فإنى قد أتيت لأهئ الطريق لرسول الله الذى سيأتي بخلاص العالم. ولكن احذرواْ أن تغشواْ لأنه سيأتى انبياء كذبة كثيرون يأخذون كلامى وينسجون انجيل..- * إنجيل برنابا * [ Let not your heart be troubled, neither be ye fearful: for I have not created you, but God our creator who hath created you will protect you. As for me, I am now come to the world to prepare the way for the messenger of God, who shall bring salvation to the world. But beware that ye be not deceived, for many false prophets shall come, who shall take my words and contaminate my gospel. ] 2) Barnaba menegaskan bahawa anak yang menjadi azam Nabi Ibrahim untuk menyembelihnya ialah Nabi Ismail dan bukannya Nabi Ishaq. Hal ini dijelaskan oleh Barnaba dalam fasal ke-44; حقا يجب عليك أن تفعل شيئا لأجل محبة الله. أجاب إبراهيم: (( ها هو ذا عبد الله مستعد أن يفعل كل ما يريد الله )). فكلم الله حينئذ إبراهيم قائلا: خذ ابنك بكرك إسماعيل واصعد الجبل لتقدمه ذبيحة.. - * إنجيل برنابا * [Assuredly it is necessary that thou do something for love of God. Abraham answered: ..Behold the servant of God, ready to do all that which God shall will.. 'Then spake God saying to Abraham: ..Take thy son, thy firstborn Ishmael, and come up the mountain to sacrifice him.. How is Isaac firstborn, if when Isaac was born Ishmael was seven years old? ] 3) Barnaba menyebut bahawa ’al Masih’ (Messiah) yang menjadi penantian penganut-penganut Kristian yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad. Hal ini dijelaskan oleh Barnaba dalam fasal ke-44; ما أسعد الزمن الذى سيأتى فيه إلى العالم. صدقونى إنى رأيته وقدمت له الإحترام كما رآه كل نبى. لأن الله يعطيهم روحه نبوة. ولما رأيته امتلأت عزاء قائلا: (( يا محمد ليكن الله وليجعلنى أهلا أن احل سير حذائك)). - * إنجيل برنابا * [O blessed time, when he shall come to the world! Believe me that I have seen him and have done him reverence, even as every prophet hath seen him: seeing that of his spirit God giveth to them prophecy. And when I saw him my soul was filled with consolation, saying: “O Mohammed, God be with thee, and may he make me worthy to untie thy shoelatchet. ] Hal ini turut dijelaskan dalam fasal ke-112; ولكن متى جاء محمد رسول الله المقدس تزال مسيا الذى سيعطينى هذا الجزاء أى أن أعرف انى حى وانى برئ من وصمة تلك الميتة.. - * إنجيل برنابا * [ But when Mohammed shall come, the sacred messenger of God, that infamy shall be taken away. And this shall God do because I have confessed the truth of the Messiah; who shall give me this reward, that I shall be known to be alive and to be a stranger to that death of infamy. ] Salah seorang dari golongan hawariyyun iaitu sahabat Isa alaihissalam bernama Andrew (Andereous-dalam ejaan Arab) pernah bertanya mengenai alamat-alamat yang dapat diketahui siapakah gerangannya Nabi itu, katanya pada fasal ke-72; يا معلم اذكر لنا علامة لنعرفه.. - * إنجيل برنابا * [ Master, tell us some sign, that we may know him.] Lalu dijawab oleh Isa alaihi salam; أنه لايأتى فى زمنكم بل يأتى بعدكم بعدة سنين حينما يبطل انجيل ولا يكاد يوجد ثلاثون مؤمنا فى ذلك الوقت يرحم الله العالم فيرسل رسوله الذى تستقر على رأسه غمامة بيضاء يعرفه أحد مختارى الله وهو سيظهره للعالم وسيأتى بقوة عظيمة على الفجار ويبيد عبادة الأصنام من العالم.. - * إنجيل برنابا * [He will not come in your time, but will come some years after you, when my gospel shall be annulled, insomuch that there shall be scarcely thirty faithful. At that time God will have mercy on the world, and so he will send his messenger, over whose head will rest a white cloud, whereby he shall be known of one elect of God, and shall be by him manifested to the world. He shall come with great power against the ungodly, and shall destroy idolatry upon the earth. ] 4) Pada catatan Barnaba, beliau menyebut bahawa Nabi Isa tidak dibunuh dan disalib tetapi yang sebenarnya disalib ialah Yahuza yang diserupakan Allah akan wajahnya dengan wajah Nabi Isa alaihissalam. Hal ini dijelaskan dalam fasal ke-112; فاعلم يا برنابا إنه لأجل هذا يجب على التحفظ وسيبعنى أحد تلاميذي بثلاثين قطعة من نقود وعليه فإني على يقين من أن من يبيعني يقتل بإسمي لأن الله سيصعدني من الأرض وسيغير منظر الخائن حتى يظنه كل أحد إياى.. - * إنجيل برنابا * [O Barnabas, that for this I must have great persecution, and shall be sold by one of my disciples for thirty pieces of money. Whereupon I am sure that he who shall sell me shall be slain in my name, for that God shall take me up from the earth, and shall change the appearance of the traitor so that every one shall believe him to be me. ] Hal ini turut dijelaskan di dalam fasal ke-216; فأتى الله العجيب بأمر عجيب. فتغير يهوذا فى النطق وفى الوجه فصار شبها بيسوع حتى أننا اعتقدنا أنه يسوع. أما هو فبعد أن أيقظنا أخذ يفتش لينظر أين كان المعلم. لذلك تعجبنا وأجبنا: (( أنت يا سيد هو معلمنا أنسيتنا الآن ؟؟ )). أما هو فقال مبتسما: (( هل أنتم اغبياء حتى لا تعرفون يهوذا الأسخريوطى؟؟)). - * إنجيل برنابا * [ Whereupon the wonderful God acted wonderfully, insomuch that Judas was so changed in speech and in face to be like Jesus that we believed him to be Jesus. And he, having awakened us, was seeking where the Master was. Whereupon we marvelled, and answered: 'Thou, Lord, art our master; hast thou now forgotten us?' And he, smiling, said: 'Now are ye foolish, that know not me to be Judas Iscariot !! ] Firman Allah Taala; وقولهم إنا قتلنا المسيح عيسى ابن مريم رسول الله وما قتلوه وما صلبوه ولكن شبه لهم.. – القرآن الكريم ”..Dan ucapan mereka (orang kafir);..Sesungguhnya kami telah membunuh al Masih, Isa putera Maryam Rasulullah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka..”-Surah an Nisa’:157, al Quranul Karim Apabila Rasulullah salallahualaihi wasalam melancarkan dakwah keesaan Tuhan, ini bererti Baginda menentang kepercayaan syirik jahiliyyah sama ada dalam bentuk triniti (Tuhan bapa+anak+roh al quddus) atau trimuti (Brahma, Vishnu, Shira) dan apa jua bentuk kesyirikkan. Sekiranya penganut Kristian menuhankan Isa (Jesus) kerana dilahirkan tanpa bapa, maka mereka perlu menuhankan Adam juga kerana ia dilahirkan tanpa ibu dan bapa. Adapun segala keajaiban yang berlaku kepada 2 orang Nabi ini menunjukkan betapa Maha Tingginya kekuasaan, keagungan dan keilmuan Allah Taala. Firman Allah Taala; إن مثل عيسى عند الله كمثل آدم خلقه من تراب ثم قال له كن فيكون – القرآن الكريم ”..Sesungguhnya perumpamaan penciptaan Isa di sisi Allah, adalah seperti penciptaan Adam. Allah mencipta Adam dari tanah kemudian Allah berfirman kepadanya;..Jadilah !! maka jadilah ia..”-al Imran:59, al Quranul Karim Berdasarkan keterangan injil Barnaba di atas tadi, nyatalah Nabi yang diutuskan itu telahpun lahir iaitu Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam dan kami hanyalah umat akhir zaman yang bekerja untuk kebenaran agama ajarannya sekalipun dibenci oleh orang yang membenci. Seterusnya di dalam Fasal ke 222 , iaitu fasal terakhir dari kitab tersebut Barnaba telah petanda halangan-halangan yang akan dilakukan terhadap risalah dakwah yang benar; تفرقت التلاميذ فى أنحاء إسرائيل والعالم المختلفة.. أما الحق المكروه من الشيطان فقد اضطهده الباطل كما هى الحال دائما.. فإن فريقا من الأشرار المدهين أنهم تلاميذ ..بشرواْ ولا يزالون يبشرون بأن يسوع هو إن الله وقد خذع فى عدادهم بولص. أما نحن فإنما نبشر بما كتبت الذين يخافون الله ليخلصواْ فى اليوم الأخير لدينونة الله. آمين. - * إنجيل برنابا * [ The disciples scattered through the different parts of Israel and of the world, and the truth, hated of Satan, was persecuted, as it always is, by falsehood. For certain evil men, pretending to be disciples, preached that Jesus died and rose not again. Others preached that he really died, but rose again. Others preached, and yet preach, that Jesus is the Son of God, among whom is Paul deceived. But we, as much as I have written, that preach we to those who fear God, that they may be saved in the last day of God's Judgment. Amen ] Akhir perutusan ini pembaca hendaklah mengetahui bahawa kedatangan Islam ke dunia bukanlah bagi mengubah kepercayaan manusia kepada Tuhan yang sudah sedia dipercayai oleh mereka. Sebaliknya bagi membetulkan kepercayaan yang salah kepada kepercayaan yang sebenarnya. Islam menyeru dan mengajar manusia bahawa Tuhan hanya satu (esa). Konsep keesaan Tuhan inilah menjadi asas penting dan utama dalam perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul sejak zaman Nabi Adam hinggalah zaman Nabi Muhammad sallahualaihi wasalam. http://satukalimah.blogspot.com/
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen. Powered by AkoComment 2.0! |
||
| Dikemaskini ( Selasa, 11 September 2007 ) | ||
