webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama arrow Lain-lain arrow Pendidikan arrow Teknik Penulisan Ilmiah (Non-Kreatif)

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu
Teknik Penulisan Ilmiah (Non-Kreatif) PDF Cetak E-mail
Kadaran oleh Pengguna: / 3
TerukBagus 
Ditulis oleh Abdul Muizz b Mohamad   
Rabu, 13 Februari 2008

Allah maha adil memberikan kelebihan dan kebolehan pada manusia. Jika berbicara mengenai dakwah, menulis adalah salah satu medium penting untuk menyampaikan risalah Islam. Bagi mereka yang tidak petah bercakap apatah lagi hebat berpidato, penulisan adalah hak kalian. Menulislah berdasarkan ilmu yang terbuku di hati. Sampaikanlah hasrat tersebut kepada umat. 

Mungkin jika Imam Al-Nawawi tidak tekun menulis, kita tidak bisa mengecapi mutiara ilmu darinya bahkan mungkin kita pun tidak mengenalinya. Mungkin juga kalau Imam Al-Suyuthi tidak menulis tidak sampai ilmunya kepada kita. Sayyid Qutb menulis syairnya yang masyhur ‘Akhi Anta Hurr’ beberapa detik sebelum digantung, pengaruhnya sehingga mampu meniup api perjuangan umat. Begitu juga Muhammad Iqbal dari benua India menggunakan seni penulisan membangkitkan kesedaran Islam. Itulah sedikit contoh dan gambaran sejauh mana efek pena di dalam institusi dakwah.

Dari beberapa sudut, realiti kesan penulisan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding ucapan. Jika berceramah, ia setakat di situ kecuali disertakan rakaman. Sebaliknya dengan penulisan, ia akan terus ditatap bahkan menjadi aset besar setelah kematian kita.


1.0 DEFINISI PENULISAN ILMIAH

Penulisan yang dihasilkan oleh penyelidik berdasarkan kajian yang mendalam bagi mencari sesuatu penyelesaian atau penemuan terkini bagi permaslahan yang tertentu dengan menggunakan teknik dan metodologi kajian yang betul dan tepat serta mendalam dengan menghimpunkan semua data (bukti-bukti keterangan atau dalil) yang meyakinkan dan mampu merungkaikan permasalahan tersebut[1].

2.0 MODAL SEBAGAI PENULIS ILMIAH

2.1  Minat (merangkumi aspek kesungguhan dan ketekunan).

2.2  Ilmu (faham secara mendalam dan masak tentang apa yang bakal ditulis).

2.3  Kemahiran (merangkumi aspek teknik, skema dan persembahan penulisan).

2.4  Amanah terhadap ilmu.

2.5  Sumber rujukan yang mencukupi (samada dari bahan bacaan ataupun kajian luar).


3.0 SUMBER KAJIAN

3.1  Rujukan Primary- Sumber Asli. Kitab karya asal dan bahan-bahan kajian asal seperti manuskrip.
3.2  Rujukan Secondary- Bahan yang telah dicetak seperti buku-buku, majalah, internet dan lain-lain.
3.3  Kajian Luar- Field Research, field study, field work.

4.0 LANGKAH-LANGKAH PENULISAN ILMIAH

4.1  Jelas tentang masalah yang bakal diperbahaskan.

4.2  Mengandaikan kritikan (teknik apa, mengapa dan bagaimana) diikuti jawapan yang ampuh hasil kajian.

4.3  Menentukan method kajian.

4.4  Menghimpunkan bahan serta data.

4.5  Menulis bahan secara berobjektif.

4.6  Mengedit hasil kajian berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

5.0 KAEDAH PENULISAN ILMIAH

5.1  Pendahuluan menggambarkan keseluruhan isi kandungan penulisan.

5.2  Sepanjang penulisan, perlu mengutarakan analisis fakta secara pro dan kontra. Kemudian  menjelaskan pendirian serta pandangan penulis terhadap kenyataan fakta tersebut. Nyatakan jawapan beserta hujah yang menyokong.

5.3  Menggunakan gaya bahasa yang mudah demi mencapai matlamat memberi kefahaman kepada pembaca. Ingat, elakkan bahasa yang berbunga-bunga dan bombastik dalam penulisan ilmiah!

5.4  Di akhir penulisan, nyatakan kesimpulan secara ringkas dan padat.

6.0 NOTA KAKI

6.1 Kepentingan nota kaki:

·  Memudahkan pembaca meneliti semula sumber rujukan penulis.

·  Sebagai bukti sifat tanggungjawab penulis terhadap disiplin penulisan ilmiah.

·  Memuaskan hati pembaca.


6.2 Maksud nota kaki (Inggeris):

·  ibid-ibidem = pada tempat, kitab, fasal atau halaman yang sama.

·  op.cit-opere citato = in the world cited, dalam rujukan yang telah diterangkan.

·  edit-edited,edition,editor = disunting, cetakan, penyunting.

·  p = page

·  p.p = pages


6.3 Maksud nota kaki (Melayu):

·  bil. = Bilangan

·  cet. = Cetakan

·  dll = Dan lain-lain

·  dlm = Dalam

·  t.t = Tanpa tarikh

·  H = Hijrah

·  M = Masihi

·  m.s = Muka Surat

6.4 Panduan:

·   Lihat: Meminta pembaca membuat rujukan yang lebih mendalam. Lihat juga menandakan bahawa penulis mengambil pendapat seseorang secara kefahaman sahaja. Contoh:

Imam Syafi’I terus berhujah,wudhu’ dan tayammum adalah perbuatan yang tidak termasuk dari solat. Harus diteruskan mendirikan solat dengannya walaupun tiba-tiba ada unsur lain yang membuatkan ia tidak boleh dilaksanakan. Apabila telah dimulakan  solat dengan tayamum, maka tidak perlu dihiraukan sebarang perkara yang mencegah dari kita bertayammum ketika awalnya[2].

·   Bagi rujukan berturut-turut, gunakan ringkasan ibid sementara rujukan berselang-selang, hendaklah digunakan ringkasan op.cit. Contoh:

Seseorang yang datang dari Iraq pernah bertanya kepada Ibnu Umar tentang hukum darah nyamuk ketika berihram. Lantas Ibnu Umar melenting lantaran soalan tersebut yang berbentuk melupakan perkara atau permasalahan yang lebih utama iaitu pembunuhan Saidina Hussein di Karbala, Iraq. Beliau berkata “Mereka bertanya tentang hal darah nyamuk, pada masa yang sama mereka telah menumpahkan darah cucu Rasulullah!”[3]

……………………………………..

Menjadi satu bentuk pengkhianatan terhadap umat pada hari ini dengan membawa mereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furu’ feqh atau pinggiran aqidah.[4]

……………………………………

“Sibuk berbahas dan berdebat dengan sangkaan untuk memperbetulkan hukum serta istinbat syara’ yang halus antara mazhab-mazhab”[5]

…………………………………...

“Bahkan apa yang kami lihat golongan Yahudi dan Kristian walaupun mempunyai sejarah permusuhan yang lampau, mereka tetap saling rapat dan saling tolong menolong dari segenap sudut…”[6]

·   Turutan asas nota kaki apabila menyatakan rujukan: nama penulis – tajuk tulisan – jilid – muka surat. Contoh:

Istilah taqlid bermakna mengambil atau menerima sesuatu pendapat tanpa mengetahui hujahnya[7].


·   Takhrij Hadith. Menyatakan sumber matan hadith diambil dari mana. Hendaklah ditulis hadith tersebut dengan matannya yang berbahasa arab. Terpulang bagi penulis untuk memilih antara disertakan nama kitab hadith dengan perawi atau nombor hadith. Seelok-eloknya disertakan semua maklumat berkenaan hadith tersebut dengan dinyatakan pandangan ulama’ berkenaan hadith tersebut jika ada. Contoh:

  "ÅÎÊáÇÝ ÃãÊì ÑÍãÉ"


Maksudnya “Ikhtilaf umatku adalah rahmat”[8]

………………………………………….


"ÅäãÇ Ãåáß ÇáÐíä ÞÈáßã Ãäåã ßÇäæÇ ÅÐÇ ÓÑÞ Ýíåã ÇáÔÑíÝ ÊÑßæå æÅÐÇ ÓÑÞ Ýíåã ÇáÖÚíÝ ÃÞÇãæÇ Úáíå ÇáÍÏ æÇíã Çááå áæ Ãä ÝÇØãÉ ÇÈäÉ ãÍãÏ ÓÑÞÊ áÞØÚÊ íÏåÇ"


Maksudnya “Sesungguhnya perkara yang memusnahkan kaum sebelum kalian adalah, apabila orang kenamaan dari mereka mencuri, mereka tinggalkan pencuri tersebut. Apabila orang lemah yang mencuri, barulah mereka menjalankan hukum Had. Demi Allah, jika Fatimah anak Muhammad yang mencuri, pasti aku akan memotong tangannya”[9]

7.0 BIBLIOGRAFI

Terdapat tiga kategori di dalam melengkapkan senarai bibliografi.

7.1  Buku: Nama Keluarga - Nama Penulis - Tajuk - Kota penerbitan - Nama Penerbitan, Tahun diterbit. Contoh:

Al-Zahabi, Imam Abi Abdillah Syamsuddin Muhammad Bin Ahmad Bin Uthman Bin Qaimaz, Siar A’lam al-Nubala’ (ÓíÑ ÃÚáÇã ÇáäÈáÇÁ), Jordan, cetakan Bait al-Afkar al-Dauliyyah, 2004.

7.2  Majalah: Jurnal. Nama Penulis – Judul – Nama Majalah – Bandar Terbitan – Bilangan – Bilangan Jilid – Tahun Terbitan. Contoh:

Azral Azlan Iskandar Mirza, Fakta Perang Dan Konflik Senjata: Penilaian Geografi, Perajurit, Jilid 12/11, 2005.

7.3  Akhbar Harian: Nama Akhbar – Kota Penerbitan –Tarikh Keluaran. Sertakan sekali nama pengarang dan tajuk artikel jika ada. Contoh:

Ahmad Umar Hashim (Dr), Imam Abu Daud, Sout al-Azhar, Kaherah, 12 Oktober 1999.

8.0 PENUTUP

Demikian secara ringkas garis panduan penulisan ilmiah yang perlu diamati bersama. Semoga dengan kertas kerja ini bakal membuahkan hasil dengan kelahiran penulis-penulis ilmiah hebat yang terdiri dari mahasiswa mahasiswi Al-Azhar Mesir. Karang buku atau artikel rujukan yang memberi manfaat pada umat Islam di Malaysia khasnya. Banyak isu dan permasalahan yang masih belum dirungkai dengan penulisan lengkap berbahasa melayu. Jika belum mampu mencerna ilmu dengan penulisan sendiri, terdapat ribuan kitab-kitab yang masih belum diterjemah. Pilihlah mengikut priroriti semasa. Umat Islam dahagakan ilmu. Jadikan penulisan salah satu dari uslub dakwah kita sekaligus dijadikan hobi yang beroleh pahala. Semoga usaha kita berkongsi ilmu menjadi saham ketika hari pembalasan.

Disediakan oleh

Abdul Mu’izz Bin Muhammad

telah dibentangkan semasa Program KELAP siri 2

-----------------------------------------------------------------------------

[1] Lihat: Buku Panduan Penulisan Ilmiah susunan Ustaz Abdul Ghani Haji Abdullah terbitan MANHAL PMRAM tahun 2000, beliau mengambil definisi tersebut dari kertas kerja Panduan Penulisan Ilmiah oleh Prof Madya Mohd Kamil Abd Majid (merupakan Timb. Pengarah Akedami Islam, Universiti Malaya).

[2] Lihat Dr. Mustafa Daib al-Bugha, Athar al-Adillah al-Mukhtalaf Fiha m.s 205-206

[3] Dr. Yusuf al-Qaradhawi, al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum, m.s 91

[4] ibid

[5] Imam Abu al-farh al-Jauzi, Talbis Iblis, m.s 114

[6] Op.cit m.s 92

[7] Imam al-Ghazali, al-Mustasfa, jilid 2 m.s 201. Imam al-Amidi, al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam, jilid 4 m.s 445

[8] Imam Suyuthi, al-Jami’ al-Saghir cet. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah Beirut tahun 2002 hadith no 288, Imam Sayuthi menyatakan hadith ini telah diriwayatkan didalam kitab al-Hujjah karangan Imam al-Maqdisi, kitab al-Risalah al-Asy’ariah karangan Imam Baihaqi serta diriwayatkan oleh Imam Haramain

dan selainnya tanpa sanad. Semoga sanadnya telah disebutkan didalam kitab-kitab lain yang tidak sampai kepada kita. Di dalam kitab Laisa Min Qaul al-Nabi m.s 101. Pengarang kitab tersebut, Dr. Muhammad Fuad Syakir menyandarkan pandangan Syeikh Nasruddin al-Albani merujuk kitab beliau Silsilah al-Ahadith al-Da’ifah wa al-Maudhu’ah yang mendakwa hadith tersebut adalah  palsu. Imam Suyuthi merupakan seorang muhaddith yang amat masyhur dan mempunyai banyak kitab hadith termasuk himpunan hadith-hadith palsu al-Lali’ Masnu’ah, beliau tidak menjatuhkan bahawa hadith ini adalah hadith palsu. Imam Sayuthi berpendapat ia tetap hadith, cuma tidak dijumpai sanadnya yang sempurna, terdapat juga di dalam kitab Kanzul ‘Ummal hadith no 28686. Malah hadith ini turut dianggap hadith dari Rasulullah oleh Imam Malik. Lihat al-Allamah al-Manawi, Faidh al-Qadir, jilid 1, m.s 270-273.

[9] Sahih Bukhari hadith no 2648, 3475, Sahih Muslim hadith no 4386, Sunan Abu Daud hadith no 4373, Sunan Tirmizi hadith no 1430, Sunan Nasa’I hadith no  4914, Sunan Ibnu Majah hadith no 2547.

Ruangan Komentar

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen.
Sila login atau daftar.

Powered by AkoComment 2.0!

Dikemaskini ( Rabu, 13 Februari 2008 )