webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama arrow Lain-lain arrow Akhbar arrow Elemen ‘Percaya’ Dalam Politik Melayu

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu
Elemen ‘Percaya’ Dalam Politik Melayu PDF Cetak E-mail
Kadaran oleh Pengguna: / 0
TerukBagus 
Ditulis oleh Izhar Ismail Abd Razak   
Khamis, 20 November 2008

Muqaddimah : "Ahmad, mari tolong ayah basuh kereta." pinta seorang ayah kepada anaknya yang berusia 7 tahun. "Baik, ayah." Jawab anaknya tanda terima dan patuh. Dalam situasi tersebut, seorang ayah dari psikologinya cuba menerapkan keyakinan  memikul tanggungjawab dalam diri anaknya dengan memberi kepercayaan untuk menolongnya membasuh kereta. Nampak remeh, tetapi ianya berkesan dalam membentuk jatidiri personaliti berjiwa besar bersesuaian dengan marhalahnya.

Dalam konteks negara kita, pilihanraya merupakan wadah terbaik dalam menzahirkan kepercayaan kepada mana-mana individu ataupun parti bagi menerajui kepimpinan. Jika seseorang calon itu menang dengan 20 ribu undi, ini bermakna 20 ribu ORANG telah memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin mereka. Maka, menjadi tanggungjawab dan tuntutan bagi seorang pemimpin untuk menerima dan membalas kepercayaan tersebut dengan menunaikan  amanah tersebut. Jika tidak, kepercayaan tadi, akan hilang dan mungkin membawa kepada krisis antara pemimpin dan rakyat. Juga berkemungkinan besar, pemimpin tersebut tidak akan dipilih untuk mewakili rakyat di pilihanraya seterusnya.

Pada tahun 2008 ini, PRU 12 merupakan platform utama rakyat Malaysia dalam memberi kepercayaan ataupun lebih popular dengan istilah pertukaran mandat untuk membentuk kerajaan pilihan rakyat. Selama beberapa dekad, Barisan Nasional (BN) masih berjaya mengekalkan peranan sebagai kerajaan Malaysia. Dan pada tahun ini kemenangan BN dengan 'simple majority' (51% vs 49%), tampak kepercayaan rakyat kepada BN semakin pupus apabila 5 buah negeri termasuk di Kuala Lumpur jatuh ke tangan parti oposisi mereka.

Rentetan dari natijah tersebut, krisis hilang kepercayaan makin kuat meyelubungi atmosfera politik Malaysia yang turut diamati oleh dunia luar. Kenyataan-kenyataan para pemimpin yang disiar-papar oleh media masa termasuk di internet umpama 'matan-matan' yang boleh dijadikan sebagai dalil untuk memulihkan kepercayaan rakyat  ataupun melenyapkan kepercayaan rakyat terhadap mana-mana parti oposisi mereka. Contohnya, kenyataan media pemimpin untuk tidak menaikkan harga minyak yang akhirnya bersifat kontradik.

Ini belum diambil kira dengan manipulasi dan penyelewengan kenyataan media masa mana-mana pemimpin yang akhirnya membawa bersama rakyat ke dalam kancah kekeliruan dan haru-biru. Dalam masa yang sama, pengumuman persepakatan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada timbalannya yang akan dilakukan pada bulan Jun 2010. Dari sudut positifnya kenyataan ini, mampu mengukuhkan kewibawaan Dato’ Ahmad Badawi sebagai pemimpin negara serta cuba meyakinkan kepada umum, akrabnya persepakatan beliau dengan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia kelak.

Usaha lain dalam menagih kepercayaan ini ialah program perdebatan antara dua aliran parti yang berbeza selama ini memang dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia. Biarpun ada yang menjangkakan ia akan dibatalkan, tetapi semuanya menjadi kenyataan dalam usaha memberikan kepercayaan kepada rakyat. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan UMNO, Shabery Chek telah disiarkan. Biar pun tempoh perdebatan agak pendek dan terlalu cepat, tetapi jelas dapat dilihat kewibaan terletak kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Benarlah kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa beliau lebih rela berhadapan dengan Abdullah Badawi dan Najib.

Antara hujjah Anwar yang cukup melekat dihati rakyat ialah, jika kerajaan boleh berbelanja hampir RM13 bilion untuk menyelamatkan PERWAJA kenapa kerajaan tidak boleh untuk belanja hanya RM1 bilion untuk turunkan harga minyak sekitar 50 sen. Itu belum lagi dengan langkah kerajaan yang lain. Kenapa bila membantu rakyat dikatakan "subsidi" tetapi bila membantu syarikat kroni dikatakan "bail-out", bila bantu golongan korporat dikatakan "insentif". Kenapa berlaku begitu? Anwar kecewa dengan istilah subsidi yang dikaitkan dengan bantuan untuk rakyat. Kenapa dibeza-bezakan oleh kerajaan?


Ranjau dalam membina kepercayaan

Begitupun, pemilihan jawatan tertinggi UMNO pada Disember ini mungkin berupaya membina kepercayaan rakyat semula terhadap UMNO. Sekalipun saban hari politik Malaysia diwarnai dengan pelbagai plot 'political story' yang penuh spekulasi dan kejutan. Rupa-rupanya orang Melayu dipercayai masih berpegang dengan prinsip Tuah, pantang Melayu menderhaka kepada raja (pemerintah) walaupun diketahui bersikap zalim, menindas, menggunakan kewangan rakyat pada perkara yang tidak sepatutnya. Apa jua titah raja akan dijunjung, meskipun termasuk menyelam perigi najis.

Selain itu, isu menagih kepercayaan di perhimpunan agung UMNO turut dibayangi dengan isu ‘politik wang’ alias RASUAH, seperti mana pernah berlaku pada perebutan jawatan naib  presiden suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah apabila tokoh veteran UMNO, Tun Ghafar Baba pernah mengungkapkan bahawa jawatan naib presiden boleh dilelong dengan sejumlah harga tertentu. Dibuktikan juga dengan kajian sebuah badan antarabangsa anti-rasuah yang berpusat di Berlin, Transparent International’s (TI). Malaysia, sekalipun diiktiraf sebagai negara Islam tidak dapat menafikan bahawa negara ini turut mengamalkan rasuah seperti yang lazim berlaku dalam dunia politik hari ini.

Lebih haru-biru lagi, indeks pengamalan rasuah yang dilakukan di Malaysia lebih tinggi berbanding New Zealand, Singapura, Denmark dan mana-mana negara yang tidak pernah diiktiraf sebagai negara Islam! Daripada segi moral agama, gejala politik wang adalah kesalahan berat dan begitu menjijikkan. Jika kita melihat daripada perspektif agama, ternyata mereka yang menang dengan ‘politik suap’, tidak halal dan tidak layak berada di kerusi kepimpinan. Bagi pemimpin UMNO, ada yang berhati-hati mendedahkan gejala ini kerana hendak menjaga maruah UMNO. Walau bagaimanapun, mereka tidak seharusnya bersikap cuba menyembunyikan. Katakan sahaja yang benar, walaupun rasanya seperti jadam!


Memberi kepercayaan kepada mahasiswa

Ingin penulis tekankan di sini bahawa, langkah memberi kepercayaan secara telus dan adil bukan sahaja di peringkat tertinggi negara, malah ia wajar sekali diberikan sama taraf kepada golongan mahasiswa yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Langkah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  membenarkan para mahasiswa IPT mendekati politik merupakan langkah yang julung-julung kali berlaku dan bijak dalam menghargai idea mahasiswa dalam arena politik. Menurut Presiden Penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN), Saudara Azlan Zainal ;

“Penglibatan mahasiswa bukan sekadar pengundi. Mereka sepatutnya diberikan peluang membincangkan masalah-masalah negara dengan kritikal. (Pendekatan) ini, akan memberikan kredit kepada mahasiswa itu sendiri”.

Kini, persatuan-persatuan utama mahasiswa di Malaysia telah menggesa Pakatan Rakyat agar IPT di bawah milik kerajaan negeri yang dikuasainya seperti KUIS, UNISEL, KUIN dan sebagainya, mengikuti langkah yang diambil oleh UniMAP. Namun begitu, mereka menolak politik kepartian. Sebaliknya, mahasiswa perlu mempunyai idealisme sendiri dalam soal isu-isu nasional yang melepasi tembok kepartian. Seperti yang sedia maklum, mahasiswa pernah dimomokkan dengan Kekangan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Undang-undang AUKU ini menghalalkan pengawasan secara langsung dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) dan staf Hal-Ehwal Pelajar (HEP) di seluruh IPT Malaysia.

Secara amnya, AUKU telah menyuntik sindrom takut kepada mahasiswa untuk mendekati politik kemahasiswaan. Namun, yang tersirat adalah sikap kerajaan yang tidak memberikan kepercayaan kepada idea politik mahasiswa untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Ia akan melahirkan generasi muda terpelajar yang terlalu berteori dan tandus tindakan kerana memisahkan dirinya dari politik. Kerana tidak berminat dengan politik, generasi muda ini bertukar angin dengan hiburan tanpa henti lantaran tidak disemai amanah negara yang bakal digalas satu hari nanti.

Jika ini berterusan dan tidak dihentikan, negara pastinya lemah dan goyah akibat tiadanya pemimpin yang berwibawa dan matang dalam memimpin. Mari kita tinjau secara kronologis sirah nabawiyyah. Rasulullah salallahualaihi wasalam sendiri pernah menaburkan kepercayaannya kepada golongan-golongan muda seperti Saidina Ali, Mus'ab bin Umair, Mu'az bin Jabal, Usamah bin Zayyid dan ramai lagi dalam melaksana tugas-tugas penting seperti mengetuai turus tentera, pakar rujuk, utusan dakwah dan sebagainya.

Mengakhiri tulisan ini, marilah kita renungi pesanan Imam Hassan al Banna ini ;

“Pemimpin adalah sebahagian dari dakwah dan tiada dakwah tanpa pimpinan. Kepercayaan antara pemimpin dan pengikut menentukan kekuatan sistem jamaah, kerapian strategi, kejayaan untuk mencapai matlamat dan kemampuan mengatasi halangan dan kesusahan yang terbentang di hadapannya”.

Ruangan Komentar

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen.
Sila login atau daftar.

Powered by AkoComment 2.0!

Dikemaskini ( Khamis, 20 November 2008 )