webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama arrow Lain-lain arrow Isu Semasa arrow Biografi Ringkas Syeikh Fathi Yakan

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu
Biografi Ringkas Syeikh Fathi Yakan PDF Cetak E-mail
Kadaran oleh Pengguna: / 0
TerukBagus 
Ditulis oleh Muhammad Yusuf Abd Kadir   
Isnin, 03 Ogos 2009

AlFadhil Ustaz Fathi Yakan, Ketua ÌÈåÉ ÇáÚãá ÇáÇÓáÇãí (Pakatan Amal Islami) di Lubnan, mantan ahli parlimen Lubnan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun 2009(1933 – 2009) bersamaan 19 Jamadil Akhir 1430 H, pada usia 76 tahun disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin buruk. Syaikh Fathi Yakan lahir di Tripoli (Tarablus) pada 9 Februari 1933 dan di tempat kelahirannya pula beliau dimakamkan. Kehidupan keluarga beliau bermula apabila beliau mengahwini Mona Haddad yang kemudiannya sama-sama mengasaskan sebuah universiti Islam swasta, Al-Jinan University.  Dr. Fathi Yakan ialah ulama’ dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, yang jelas kelihatan semasa pilihanraya pada tahun 1996.

Beliau sempat bekerja di Lubnan pada pertengahan tahun 1950-an dan kemudian menjadi pelopor dalam pembentukan gerakan Islam di sana. Selain dikenal sebagai aktivis yang memiliki hubungan dekat dengan Ikhwanul Muslimin Mesir, beliau juga terlibat aktif dalam beberapa misi perdamaian. Di antaranya adalah pada 1998-1999 apabila bertindak sebagai mediator dalam proses perdamaian antara Syiria dengan Turki.

Beliau pernah menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi golongan sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan salah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.

Tokoh yang sudah mengarang lebih dari 35 buku yang diterbitkan ke berbagai bahasa tersebut meninggalkan empat orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Antara buku-buku beliau yang juga menjadi rujukan para aktivis ialah Asas-Asas Islam, Komitmen Muslim Sejati, Robohnya Dakwah di Tangan Dai, Yang Berjatuhan di Jalan Da’wah, Membentuk Fikrah dan Visi Gerakan Islam, Prinsip-prinsip Gerakan Islam, Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, Islamic Movement: Problems and Prospectives, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan Komitmen Muslim Sejati.

Bukunya ‘Ihdzarû Al-Aids Al-Harakî (1989), menulis secara khusus kehancuran harakah (gerakan dakwah) di Lubnan yang fenomenanya dirasakan hampir sama di beberapa negara Muslim. Di Lubnan, peribadi beliau digambarkan sebagai seorang patriotik, seorang yang menyeru dan berusaha kepada kesatuan perpaduan, dan merungkaikan perselisihan atau perbalahan di kalangan masayarakat Lubnan, terutama sekali di antara golongan majoriti dan minoriti.

Kitab karangannya yang tersohor pula, Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan Madzâ Ya’nî Intimâ`i lil Islâm) menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim. Di dalam karyanya ini, beliau menguraikan mengenai tiga jenis manusia: Pertama, manusia yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Kedua, manusia yang dalam hidupnya kehilangan pedoman, lalu kemudian melakukan penyimpangan dan kesesatan. Ketiga, manusia yang menganggap dunia ini sebagai ladang amal untuk di akhirat kelak.

Pengasas majalah al-Aman ini pernah memimpin demo besar-besaran untuk menjatuhkan Perdana Menteri Fuad Siniora yang menjadi “kaki tangan” Amerika. Beliau turut memberi sokongan kepada Gerakan Hizbullah di Lubnan untuk menentang Israel. Beliau terkenal dengan usahanya menyatukan pengikut Sunni dan Shi’ah supaya menjadi satu umat Islam untuk menentang Israel. Mesejnya itu disampaikan melalui khutbahnya ketika dia mengimamkan Solat Jumaat pada 8 Disember 2006 ketika perang Israel-Lubnan.

Dalam kunjungannya ke Iran pada tahun 2007 Syaikh Fathi Yakan mengatakan, “Umat Islam seluruh dunia harus bersatu untuk melawan ancaman, agresi dan rencana jahat rejim Amerika Serikat dan Israel.” Dalam pertemuan itu, idea kepentingan pembentukkan gerakan perlawanan Islam yang anggotanya terdiri dari Syiah dan Sunni serta memperkuat perlawanan Islam di Iraq dapat dilihat.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

Åä ØÑÇÈáÓ ãÏíäÉ ÇáÚáã æÇáÚáãÇÁ¡ æãÚåÇ ÇáÚÇáã ÇáÅÓáÇãí ÈÃÓÑå ÊæÏÚ ÑÌáÇð ãä ßÈÇÑåÇ æÚáãðÇ ãä ÃÚáÇãåÇ ÑÇÆÏ ÇáÍÑßÉ ÇáÅÓáÇãíÉ æãÄÓÓåÇ¡ ãä ÃÝäì ÚãÑå æÍíÇÊå Ýí ÓÈíá ÇáÏÚæÉ Åáì Çááå ÚÒ æÌá

“Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah.”

Semoga kita semua masuk ke dalam golongan yang ketiga dan semoga Allah membalas segala amal Syaikh Fathi Yakan. Ilâhi Âmîn.

Al-Fatihah…

Ruangan Komentar

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen.
Sila login atau daftar.

Powered by AkoComment 2.0!

Dikemaskini ( Selasa, 04 Ogos 2009 )