| Cara Menyumbang |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengurus Laman | |
| Rabu, 08 Februari 2006 | |
|
Pengurus LamanPara ahli yang telah berdaftar di laman ini adalah sangat-sangat dialu-alukan untuk menyumbangkan makalah atau kajian dengan syarat ia adalah milik peribadi dan bukan diambik dari karya orang lain. Kepada yang masih belum mendaftar, anda tidak berkelayakan untuk menghantar sebarang makalah. Sila baca Pendaftaran di Menu Utama untuk mengetahui cara untuk mendaftar. Cara Menghantar Makalah 1. Log masuk dengan memasukkan Kata Nama dan Kata Laluan, serta mengklik pada Log Masuk. 2. Satu menu baru akan keluar iaitu Menu Pengguna. Sila klik pada Hantar Makalah. 3. Sila Tulis tajuk makalah. Kemudian, isi ruangan Teks Pendahuluan bagi perenggan pertama makalah dan perenggan-perenggan seterusnya pada ruangan Teks Utama. 4. Klik pada Pilih Kategori dan pilih Bahan Baru. 5. Di bahagian Penerbitan, sila pilih Tersenarai untuk menetapkan status makalah anda. 6. Klik pada ikon disket untuk menyelesaikan penghantaran makalah anda. ![]() 7. Selepas siap segala proses, jangan lupa untuk log keluar dengan mengklik pada Log keluar pada menu Log Masuk ![]() Sekiranya semua proses yang disebutkan di atas selesai dibuat dengan berjaya, makalah yang anda hantar akan disimpan di dalam pelayan laman. Namun, ia tidak akan keluar di laman web utama selagi mana tidak disahkan oleh pengurus laman. |
|
| Dikemaskini ( Isnin, 27 Februari 2006 ) |
Cara Menyumbang

