| Imbasan Kekeliruan Terhadap Sunnah |
|
|
|
| Ditulis oleh Amly Asenar | ||
| Jumaat, 17 Februari 2006 | ||
|
Dunia Islam kembali bergema dengan laungan demi laungan mempertahankan kesucian utusan Allah di atas mukabumi ini iaitu Muhammad Pesuruh Allah setelah digemparkan dengan tersiarnya karikatur atau kartun yang menghina Baginda secara khusus dan Islam secara amnya. Dengan kehangatan suasana yang ada sekarang ini penulis mahu membawa kepada fakta berkait rapat dengan Rasululah iaitu sekitar golongan yang hanya mahu berpegang kepada Al quran sahaja dan menolak kewujudan Sunnah sebagai sumber kedua dalam perundangan selepas Al quran itu sendiri. Dalam dunia Islam secara amnya setelah berkurun lamanya dipasakkan dengan keimanan kepada Allah dan RasulNya. Dan ini membawa kepada pengertian bahawa Al Quran adalah sumber pertama dan Sunnah merupakan sumber kedua dengan tiada pemisahan antara keduanya. Namun dalam arus yang kuat ini tetap tidak melemahkan musuh Islam untuk menjalankan misi halus dan terancang mereka dalam memastikan umat Islam hari ini meninggal al Quran dan Sunnah sebagai pegangan utama mereka.
Usaha mereka sangat licik dalam merenggangkan umat Islam dengan pegangan terhadap al quran dan Sunnah ini. Bermula dengan Al quran dengan kenyataan bahawa sudah mencukupi dengan Al Quran sahaja !? dan dengan Sunnah dengan kenyataan Imam Syafie membuat bid'ah paling dahsyat dengan menjadikan Sunnah sebagai sumber kedua dalam perundangan dalam kitabnya Ar Risalah !? Penulis tidak bertujuan menjawab satu demi satu kekeliruan yang ditimbulkan oleh mereka ini dalam artikel yang ringkas ini . Tujuan penulis adalah hendak melihatkan gelagat mereka yang mendokong pemahaman ini bagi memudahkan mereka yang baru berhadapan dengan masalah ini tidak tergamam dan memahami tindak tanduk mereka. Menyoroti Sejarah JIka dunia hari ini gempar dengan perbuatan akhbar Denmark dengan menyiarkan kartun menghina Rasulullah, Mesir satu ketika dahulu pada tahun 1999 telah digemparkan dengan serangan terhadap Sunnah dan pelbagai kekeliruan yang ditimbulkan bagi meninggalkan Sunnah. Tahun sebelum itu iaitu pada 1998 Universiti Amerika di Kaherah telah dapat dikenalpasti mengajar kepada para pelajar sebuah buku daripada seorang penulis yahudi bertajuk Muhammad. Isi kandungannya bertujuan bagi menghancurkan Islam secara asas dan cabangnya. Tidak cukup dengan itu, sebuah akhbar tempatan iaitu Akidati telah berjaya mengenalpasti satu markaz yang cenderung kepada membawa meninggalkan Sunnah sebagai pegangan. Markaz tersebut bernama Markaz Ibnu Khaldun yang telah menyediakan satu method pendidikan Islam kepada semua peringkat pendidikan bermula daripada sekolah rendah sehingga menengah. Antara fokus method tersebut ialah menolak Sunnah dengan mengatakan bahawa segala hadis yang ada adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Setelah perkara ini dibongkarkan oleh akhbar Akidati, akhbar tempatan lain juga turut menjejak perkara ini sehingga menekan Menteri Pendidikan dan Pembelajaran mengumumkan bahawa kementerikannya tidak ada kaitan dengan Markaz Ibnu Khaldun tersebut. Serangan kepada Sunnah Munurut Ustaz Abbas Mahmud 'Akad dalam bukunya " Islam di Kurun Ke 20" ada menyatakan bahawa Eropah telah meletakkan perancangan bagi memerangi Islam dengan mengumpulkan para ilmuan dan pemikir untuk mempelajari Islam bagi mengenali punca kekuatan yang ada dalam Islam agar mereka dapat mengatasi punca kekuatan tersebut. Mereka mendapati punca kekuatan utama tersebut ialah :
Ini jelas kerana dengan setiap punca kekuatan tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Mereka tidak dapat menyerang Al Quran secara terangan dengan menyatakan ianya palsu. Maka dengan penyerangan kepada Sunnah secara tidak langsung menyebabkan meninggalkan Al Quran itu sendiri. Ini kerana Sunnah merupakan kata-kata Rasulullah yang merupakan sudut teori yang menjadi pegangan kepada umat Islam hari ini. Dan Peribadi Rasulullah merupakan sudut akhlak dan pengamalan yang dianggap oleh umat Islam dan juga bukan Islam seperti Ghandi sebagai Contoh Paling Terbaik. Jenis-jenis Kekeliruan Dr. Abdul 'Azim Ibrahim Mut'ini mendapati bahawa kekeliruan yang dibawa oleh pengikut pemahaman meninggalkan Sunnah ini kepada 3 Jenis iaitu :
Golongan Quraniyyun Ini adalah golongan yang mendakwa mereka hanya berpegang dengan al Quran. Tujuan mereka adalah untuk memperbetulkan akidah umat . Disebalik dakwaan ini sebenarnya kejahilan mereka terhadap al Quran itu sendiri sehingga menyebabkan mereka mengatakan bahawa Allah sendiri melarang beriman dengan Sunnah dan beramal dengannya. Menurut penelitian terhadap kekeliruan yang ada, golongan yang mendakwa diri mereka berpegang dengan al quran sahaja terdapat 2 golongan :
Penutup Kekeliruan yang halus ini dibantu dengan pengkajian yang teliti mampu merenggangkan pegangan umat Islam terhadap Sunnah itu sendiri. Terutama di zaman yang umat Islam bukan sekadar jauh daripada Sunnah malahan daripada Islam dan Al Quran itu sendiri. Sewajarnya pengajaran dan pembelajaran Sunnah diperingkat umum terutama di masjid bukan lagi sekadar menerangkan Hadis 40 atau Riadussolehin tetapi dipertingkatkan silibus dengan pengenalan kepada Sunnah dan segala berkaitan dengan Sunnah dan menambahkan pengetahuan umum kepada kekeliruan yang ada dan jawapan kepada setiap kekeliruan tersebut. Penulis memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan dalam penulisan ini yang berpunca daripada kelemahan penulis. Harapan agar kita memahami hubungi kait setiap masalah yang berlaku sebelum kita bersedia dengan jawapan-jawapan terhadap kekeliruan tersebut. Ini kerana golongan ini sentiasa ada dan silih berganti dan hanya menunggu detik masa dan tempat untuk kembali mempamerkan pemikiran mereka sebagai alternatif atau pensahihan kepada akidah umat Islam hari ini. Rujukan : Syubuhat li ingkari sunnah nabawiah: Dr. Abdul 'Azim Ibrahim Mut'ini Penulis Amly Asenar B.A Syariah Islamiah Universiti Al Azhar Tanta Penuntut Darul Ifta' Misriah Mesir
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen. Powered by AkoComment 2.0! |
||
| Dikemaskini ( Jumaat, 18 Ogos 2006 ) | ||
