webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu
Pengenalan Kepada Surah-surah Al-Quran : Al-Fatihah PDF Cetak E-mail
Kadaran oleh Pengguna: / 2
TerukBagus 
Sumbangan oleh Ibrahim Abd Wahab   
Jumaat, 31 Mac 2006

Surah al-Fatihah diturunkan di Makkah menurut pendapat Abdullah bin Abbas, kerana solat telah difardhukan sejak di Makkah lagi. Apabila solat difardhukan di Makkah, maka ia tidak akan dikatakan solat tanpa membaca al-Fatihah. Oleh hal yang demikian, surah ini turun di sana. Dinamakan al-Fatihah yang bererti 'Pembuka', kerana surah ini merupakan permulaan dari Al-Qur'an secara tulisan. Ia mengandungi 7 ayat dan merupakan surah yang ke-5 diturunkan. 

1.  KEPENTINGAN SURAH INI 
  1. Pernah satu ketika Nabi SAW bersabda kepada salah seorang sahabatnya : "pastinya aku ingin mengajar padamu surah yang paling agung dalam al-Quran. Bertanya sahabat nabi : apakah dia wahai Rasulullah?, lalu baginda nabi membaca surah ini".
  2. Dalam Surah al-Hijr, Allah SWT menyebut tentang keagungan al-Quran dengan firmannya :

    وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعاً مِّنَ المثاني وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ

       As-Sab'u Al-Masani adalah al-Fatihah, dinamakan dengan as-Sab'u al-Masani kerana ia sering diulang-ulang khasnya di dalam sembahyang. 

    Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : "Demi (Allah) yang jiwaku berada di tanganNya, tidaklah Allah menurunkan satu surah pun yang sebanding dengan Surah al-Fatihah, baik ia di dalam Taurat, Injil mahupun di dalam al-Qur'an".

 2. NAMA-NAMA LAIN BAGI SURAH INI 

    Surah ini mempunyai nama-nama yang pelbagai, di antaranya :

    1. Ummul Quraan ; kerana seluruh al-Qur'an berkisar pada apa yang   terkandung di dalamnya.
    2. As-Sab'ul Masaani (seperti yang telah dijelaskan sebelum ini)
    3. Al- Waafiah ; kerana ia tidak boleh dipisahkan antara satu ayat dengan ayat lain.
    4. Al-Kaafiah ; kerana  ia tidak berhajat pada yang lain. Selain ia adalah nur yang menyelubungi hidup orang mukmin, ia juga merupakan anugerah ilahi yang telah menutup segala pintu kekacauan dan membuka segala pintu rahmat untuk mereka.
    5. As-Shalaah ; kerana ia merupakan rukun solat. Solat tidak sah tanpanya.
    6. As-Syifaa' ; kerana al-Fatihah boleh dijadikan ubat untuk dua jenis penyakit, zahir mahupun batin.
      1. RAHSIA DISEBALIK SURAH INI
          1. Penghimpun seluruh kandungan al-Quran
          • Al-Quran yang diturunkan dari Luh Mahfuz ini sentiasa tidak lari dari 3 topik utama yang perlu diketahui oleh orang mukmin iaitu :
          • Perkara yang bersifat I'tiqad atau kepercayaan yang sahih dengan menjadikan keimanan pada Allah sebagai paksi utama
          • Perkara yang bersifat ta'abbud atau pengabdian dan menghidupkan syi'ar islam.
          • Perkara yang bersifat manhaj atau cara hidup dengan mengikut acuan yang telah Allah tetapkan untuk mereka.
          • Maka Surah al-Fatihah ini secara amnya meliputi ketiga-tiga topik di atas. 
              1. Prinsip-prinsip asas agama yang terdapat dalam surah al-Fatihah
              • Selaut pujian hanya tertumpu pada Allah SWT; kerana Dia sahaja yang layak dipuji, diagung-agungkan dan dibesar-besarkan mengatasi segala sesuatu.
              • Keikhlasan dalam beribadah; tidak boleh menyekutukanNya dan tidak boleh meminta pertolongan pada makhluk lain selain Dia agar sentiasa tergolong dalam golongan yang soleh.
              • Menjauhkan diri dari tergolong dalam golongan yang dikeji oleh Allah seperti 2 golongan terakhir yang tersebut pada ayat ke-7.
              • Nama-nama Allah yang baik. Asal terciptanya hubungan antara tuhan dengan hambanya adalah melalui rahmat kerana ia disebut sebanyak 2 kali.
              • Istiqamah dalam meniti jalan menuju Allah.
              • Perihal akhirat dan persediaan menghadapinya.
              • Kepentingan berdoa dan adab untuk berdoa kerana surah ini diakhiri dengan doa.
              • Perihal umat kita yang disebut sebagai umat yang satu, kerana lafaz yang digunakan di dalam surah ini datang dengan صيغة الجمع (bersifat keseluruhan) sekalipun seorang itu jika bersembahyang secara bersendirian dibiliknya, maka tidak sah baginya untuk menyebut dengan lafaz untuk seorang seperti إياك أعبد وإياك أستعين , إهدني الصراط المستقيم. Maka wajib bagi dia menyebut (إياك نعبد), (وإياك نستعين), (إهدنا).
                  1. Beradab dengan Allah SWT
                  • Terdapat 2 bahagian dalam perkara ini :
                  • Selaut pujian ke atasNya (seperti yang dijelaskan sebelum ini)
                  • Bertawassul dengan namaNya
                  • Kalau dilihat secara halus, bilangan huruf yang terkandung dalam ayat kedua hingga kelima adalah sama bilangannya dengan ayat keenam hingga akhir.
                  • Maka surah ini mengajar kamu tentang cara-cara untuk berkomunikasi denganNya bermula daripada pujian ke atasNya (kemudian selawat ke atas baginda nabi SAW), selepas itu berdoalah apa yang dikehendaki kerana sesungguhnya doa itu akan dikabulkan dengan izin Allah.
                      1. Anak Kunci al-Quran
                        • Dinamakan dengan al-Fatihah kerana 2 makna :
                      • Makna yang lebih dekat, iaitu pembuka kepada mushaf al-Quran.
                      • Makna yang lebih jauh, iaitu anak kunci al-Quran (merangkumi sudut makna dalam al-Quran). Jika kamu fahami makna al-Fatihah, kamu akan fahami kesemua surah selepasnya.
                        • Antara keajaiban surah ini ialah ia berhubungkait dengan semua surah dari sudut makna, tujuan dan konsep al-Quran diturunkan. Sebab itu apabila kamu memulakan sembahyang dengan surah al-Fatihah, kemudian disusuli pula dengan membaca surah lain, pasti maknanya tetap bersambung dengan surah tersebut.

                     

                      1. Berdialog dengan Allah SWT
                        • Ini berdasarkan hadis qudsi yang bermaksud : " Aku memisahkan solat –Surah al-Fatihah- di antaraku dengan hambaku kepada 2 bahagian, bagi hambaku itu -dikabulkan- mengikut apa yang dia minta. bila hamba itu menyebut [alhamdulillaahi rabbil 'aalamiin], jawab Allah [hambaku memujiku], bila hamba itu menyebut [arrahmaanir rahiim], jawab Allah [hambaku memuji ke atasku], bila hamba itu menyebut [maaliki yaumiddiin], jawab Allah [hambaku membesarkanKu], bila hamba itu menyebut [iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin], jawab Allah [ini adalah antara aku dengan hambaku], bila hamba itu menyebut [ihdinas shiraatal mustaqiim, shiraatallaziina an'amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim walad dhaalliin], jawab Allah [ini pun antara aku dengan hambaku, dan bagi hambaku itu mengikut apa yang dia minta]
                        • Maka setiap kali engkau membaca Surah al-Fatihah, ketahuilah sesungguhnya Allah mencintai engkau. Hadis di atas menunjukkan bahawa suatu kemuliaan yang Allah berikan kepada hambanya yang selalu menyebut dengan mengingatiNya dan mengabdikan diri semata-mata hanya kepadaNya.
                        • Ketika Saiyidina Umar Ibn 'Abdul 'Aziz ditanya tentang sebab dia berdiam ketika menyelangi setiap ayat dalam Surah al-Fatihah, dia berkata : pasti aku dapat merasakan nikmat kelazatan dengan sebab tuhanku menjawab setiap bacaanku.
                        • Jikalau hati seseorang dapat merasai bahawa tuhan menjawab setiap ayat yang dibaca dari Surah al-Fatihah, pasti dia akan merasai kegembiraan yang tiada tolok bandingnya.
                            1. Rahmat Bagi Sekalian Alam
                            • Surah ini menunjukkan bahawa asal kejadian alam ini adalah rahmat Allah SWT kerana di dalamnya terdapat lafaz Ar-Rahman Ar-Rahim yang disebut sebanyak 2 kali. Sebab dinamakan rahmat kerana 2 perkara:
                            • Ar-Rahman Ar-Rahim pertama (pada basmalah) yang datang sebelum ayat "alhamdulillaahi rabbil 'aalamiin", menunjukkan bahawa dunia ini semuanya bergerak dengan rahmat allah.
                            • Ar-Rahman Ar-Rahim kedua yang datang sebelum ayat maliki yaumiddin, menunjukkan bahawa alam akhirat juga bergerak dengan rahmat allah.
                            • Begitu juga asal hubungan tuhan dengan manusia adalah dengan rahmatNya. Jika dilihat pada kitab al-Quran yang dimulakan dengan lafaz al-'Aalamiin (al-Fatihah) dan diakhiri dengan lafaz an-Nas (surah an-Nas), seolah-olah al-Quran ini bukan untuk orang islam sahaja, bahkan ia adalah petunjuk bagi manusia kesemuanya.
                                1. Mudah lagi baik
                                • Sebenarnya surah ini amat mudah untuk dibaca kerana ia tidak mengandungi hukum bacaan tajwid yang memberatkan si pembaca sekalipun mereka tidak mempelajari dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab.
                                • Ia disifatkan sebagai tiket masuk untuk seseorang memahami al-Quran dan bermunajat kepada Allah dengan begitu khusyu'.
                                • Bagaimana kita boleh menghadirkan khusyu' dalam membaca surah al-Fatihah khasnya dalam solat?
                                  1. Memahami maksud sebenar setiap ayat dengan lebih mendalam, contoh:
                                  • Bila engkau menyebut "alhamdulillaahi rabbil 'aalamiin" dengan mengingati segala nikmat yang Allah berikan pada engkau agar dapat engkau mensyukurinya, maka engkau akan merasai khusyu'.
                                  • Bila engkau menyebut "arrahmaanir rahiim" dengan merasakan rahmat yang Allah kurniakan kepada hambanya meliputi dunia dan akhirat (sepertimana yang telah dijelaskan di atas), lalu engkau bermohon agar dikurniakan raahmat itu, maka engkau akan merasai khusyu' dalam solat.
                                  • Bila engkau menyebut "maaliki yaumiddiin" dengan mengingati hari kiamat dan hal keadaannya, lalu engkau bermohon agar diringankan kesengsaraan ke atasmu pada hari itu, maka engkau akan merasai khusyu' dalam solat.
                                  • Bila engkau menyebut "iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin" dengan merasakan bahawa keikhlasan itu perlu engkau perbaharui setiap hari yang mana tiada satu benda pun yang layak disembah melainkan kepada Allah, maka engkau akan merasai khusyu' dalam solat.
                                  • Bila kamu menyebut "ihdinas shiraatal mustaqiim" dengan merasakan bahawa tiada siapa yang dapat memberi petunjuk dalam meniti jalan didunia dan di akhirat melainkan Allah, sentiasa mengharapkan rahmatNya dan sentiasa rasa takut dengan azabNya, pasti kamu akan merasai khusyu' dalam solat.
                                  • Bila kamu menyebut "shiraatallaziina an'amta 'alaihim " dengan mengingati golongan yang dikurniakan nikmat oleh Allah sebelummu. Ibnu Katsir r.a. menjelaskan, bahwa yang dimaksud dengan orang-orang yang diberi nikmat adalah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT dalam surat An-Nisaa' ayat 69. Mereka adalah para nabi, shiddiqiin, syuhada' dan shalihiin. Selepas itu anggaplah bahawa kamu benar-benar berada di atas jalan itu.
                                  • Bila kamu menyebut "ghairil maghdhuubi 'alaihim walad dhaalliin" dengan mengingati musuh-musuh islam yang sentiasa menjadi penghalang dari tersebarnya agama yang diredhai Allah dipelusuk alam. Golongan yang dimurkai oleh Allah adalah orang-orang Yahudi kerana mereka tahu tentang kebenaran, tetapi mereka berpaling darinya. Golongan yang disesatkan oleh Allah adalah orang-orang Nasrani. Mereka bodoh dan beribadah menurut kemahuan mereka sendiri, tanpa ilmu. Dengan itu pasti kamu akan merasai khusyu' dalam solat.

                                  2. Di samping kamu amalkan cara-cara khusyu' dalam solat, hendaklah kamu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa menurut segala perintahNya setelah selesai menunaikan solat. Insya Allah solatmu itu akan diterima oleh Allah. 
                                   

                                  -Wallaahu a'lam-

Ruangan Komentar

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen.
Sila login atau daftar.

Powered by AkoComment 2.0!

Dikemaskini ( Khamis, 22 November 2007 )