webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu
Penggunaan Kalimah(زوج) Dan (امرأة) Dalam Sesetengah Ayat Al-Quran PDF Cetak E-mail
Kadaran oleh Pengguna: / 0
TerukBagus 
Sumbangan oleh Noor Fadzilah Mohd Radzi   
Jumaat, 14 April 2006

MUQADDIMAH

AL-QURAN adalah mukjizat terulung yang telah diwahyukan Allah swt kepada Rasulullah saw rasul sekalian alam. Di dalam kehidupan seharian kita selaku seorang muslim, kita tak lari dari mengagungkan ayat-ayat suci ini. Ayat-ayat suci ini sering kita alunkan didalam pembacaan solat sama ada fardhu ataupun sunat. Tidak cukup dengan itu, kita juga sering mengalunkan bacaan ayat-ayat suci ini selepas solat atau bila-bila masa sahaja.

Namun, kadang-kadang kita terleka dan terpana sendiri, bila mana ayat-ayat suci ini dialunkan tanpa cuba untuk ditadabburkan. Inilah kelemahan kita….

Ramai yang berpendapat tadabbur itu cukup sekadar mengetahui terjemahan ayat-ayat suci al-Quran tetapi hakikatnya TADABBUR mempunyai maksud yang cukup luas dan meliputi.

Jesteru itu, ana rasa terpanggil untuk sama-sama memimpin sahabat-sahabat mengetahui rahsia-rahsia mengenali apakah hikmah yang terkandung di dalam penggunaan setiap kalimah yang direncanakan Allah swt di dalam sesetengah ayat-ayat suci al-Quran al Karim.

 

***************************

Perbahasan ini dibahaskan di dalam kitab ( الإعجاز البيانى للقرآن) karangan Dr. ‘Aisyah Bt Abd. Rahman Mansah.

Penggunaan kalimah ini di dalam sesetengah ayat al-Quran lebih membawa maksud keharmonian dan kehidupan yang berkekalan serta robitah kasih dan rahmat di antara suami dan isteri.

Selain itu juga, kalimah ini lebih membawa maksud yang lebih halus dan lembut penggunaannya seperti yang direncanakan Allah swt di dalam sesetengah ayat al-Quran seperti berikut:

Firman Allah swt:

) الروم : 21)

Maksudnya:

"Dan di antara bukti-bukti yang kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya diantara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan."

Firman Allah swt:

( والذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة عين واجعلنا للمتقين إماما ) الفرقان : 74

Maksudnya:

"Dan juga mereka ( yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata, ' Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa."

 

Firman Allah swt:

(...........لهم فيها أزواج مطهرة وندخلهم ظلا ظليلا) النساء: 57

Maksudnya:

"Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan/isteri-isteri yang sucibersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi."

 

Firman Allah swt:

) يس : 56 (هم وأزواجهم فى ظلل على الأرآك

متكئون

ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة

1.1 KALIMAH (زوج )

Maksudnya:

"Mereka dengan pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh sambil duduk berteleku di atas pelamin."

 

2.1 KALIMAH إمرأة )

Kalimah ini pula disebut Allah swt di dalam sesetengah ayat al-Quran lebih membawa maksud:

Pengkhianatan isteri terhadap suami

Firman Allah swt:

(امرأة نوح وامرأة لوط كانتا تحت عبدين من عبادنا صالحين فخانتاهما فلم يغنيا عنهما من الله شيئا ) التحريم : 10

 

Perempuan yang mandul atau bujang

Firman Allah swt:

 

Wanita mukmin yang solehah tetapi diuji bersuamikan seorang kafir

Firman Allah swt:

(وكانت امرأة عاقرا فهب لي من لدينا وليا) مريم : 5

( قال رب أنى يكون لي غلام وقد بلغنى الكبر وامرأتى عاقرا ) ال عمران: 40

 

( وضرب الله مثلا للذين آمنوا امرأة فرعون اذ قالت رب ابن لى عندك بيتا فى الجنة ونجنى من فرعون وعمله ونجنى من القوم الظالمين) التحريم : 11

Menurut Imam Ibn Qayyim d dalam kitabnya (جلاء الأفهام فى الصلاة والكلام على خير الأنام ), penggunaan dua kalimah ini membawa maksud yang sama tetapi berbeza penggunaannya di dalam sesetengah ayat al-Quran. Beliau telah membawa satu pendekatan yang amat mudah dan ringkas terhadap perbezaan dua kalimah ini untuk memudahkan serta melancarkan pemahaman manusia.

 

Kalimah (زوج )

Pengguanaan kalimah ini digunakan di dalam sesetengah ayat al-Quran untuk menceritakan perihal ahli iman.

Manakala penggunaan kalimah ini pula digunakan di dalam sesetengah ayat al-Quran untuk menceritakan perihal ahli syirik.

 

 

Firman Allah swt berbunyi:

 

(وإن فاتكم شئ من أزواجكم الى الكفار فعاقبكم فآتوا الذين ذهبت أزواجهم مثل ما أنفقوا ) الممتحنة : 11

( وإن أردتم استبدال زوج مكان زوج وأتيتم احداهن قنطارا فلا تأخذوا منه شيئا ) النساء : 20

Jika kita lihat pada dua potongan ayat al-Quran ini, kita dapati bahawa maksud ayat tersebut seoalah-olah membawa maksud pengkhianatan isteri terhadap suami (ayat surah mumtahanah :11). Manakala maksud ayat (surah an-Nisa' : 20) pula seakan-akan menceritakan berkenaan keretakan hubungan antara suami isteri dan tiada lagi robitah rahmah dan mawaddah. Jadi, mengapa kalimah (زوج ) digunakan Allah swt di dalam ayat ini…??

Penggunaan إن شرطية) ) di dalam ayat ini, menunjukkan pengkhianatan dan keretakan hubungan suami isteri masih lagi belum berlaku, sebaliknya robitah antara suami isteri masih lagi kekal dan harmoni.

 

RAHSIA SERTA HIKMAH ALLAH MELETAKKAN PERBEZAAN ANTARA DUA KALIMAH INI:

Membezakan sesetengah ayat yang difirmankan samaada untuk golangan mukmin atau kufar.

Perkahwinan atau robitah antara jiwa-jiwa mukmin adalah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan Allah swt. Adapun perkahwinan antara golongan kufar adalah perkahwinan yang berlandaskan nafsu serta kasih sayang terhadap dunia semata-mata.

 

Rujukan:

1. Wikfah Ma'a Tafsir Ba'da al-Ayat al-Baiyyinat, Maktabah ad-Dakwah, Dktrh. Majidah Rasyad Mihna.

2. Tafsir Pimpinan ar-Rahman, Dar al- Kitab Malaysia.

3. I'rab al-Quran al-Karim, Dar al-Fikr

4. Jila' ul Afham fis Solat wal-Kalam 'Ala Khairul Anam, Imam Ibn Qayyum.

Ruangan Komentar

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen.
Sila login atau daftar.

Powered by AkoComment 2.0!

Dikemaskini ( Khamis, 22 November 2007 )