| Tasauf Dan Akhlak |
|
|
|
| Sumbangan oleh Sofiyah Ahmad Subki | ||
| Ahad, 23 April 2006 | ||
|
Bak kata pepatah melayu, irama dan lagu kononnya tidak dapat dipisahkan..jika dipisahkan maka akan pincang not dan aturan muziknya.Cuba kita fikirkan alangkah baiknya jika kita melanggar adat pepatah tersebut..Apakan tidak,dewasa ini hanya dengan hiburan muzik semata, ia berjaya melalaikan,merosakkan,menjahanamkan akhlak individu muslim terutama remaja dan sekaligus tidak mampu memberikan sesuatu yang berharga untuk ISLAM!.Bak kata ahli sufi,tasauf dan akhlak tidak dapat direnggangkan apatah lagi dipisahkan…pasti akan terasa kekurangan .Pepatah inilah yang terbaik untuk digabung jalinkan bersama. Berkata As-Syeikh Abu Bakar Al-Kattani: “Tasauf adalah akhlak,barangsiapa yang menambahkan kecantikannya pada akhlak maka akan bertambah kesucian jiwanya.” Maka,Tasauf adalah salah satu daripada cabang ilmu kerohanian yang menyusup masuk ke dalam jiwa-jiwa mereka yang inginkan ketenangan dan kesucian jiwa.Wujudnya ilmu ini sejak bermulanya kelahiran manusia di muka bumi .Sejarah pempraktikkan ilmu tasauf ini juga sudah bermula sejak zaman Nabi Adam AS,para rasul ulul’azmi hinggalah mutakhir ini.Dengan izin Allah SWT ilmu ini masih terus diamalkan biarpun bukan dikalangan para rasul dan nabi.Sebagaimana kita ma’ruf,Allah SWT telah menjadikan para rasul ulu’azmi antara golongan yang cukup hebat diuji dalam kehidupan justeru mereka telah mencapai kedudukan maqom yang tinggi di sisi Allah SWT disamping keimanan dan sifat kesabaran yang tinggi dalam menongkah arus jahiliah ketika itu.
Persoalan: Apakah yang dimaksudkan dengan maqom? Disisi ahli sufi menyatakan bahawa ,maqom adalah suatu kedudukan darjat yang perlu dilalui bagi mencapai redho dan rahmat Allah SWT.Ianya terbahagi kepada 2,iaitu secara hissi dan ma’nawi.Secara hissi dapat difahami berdasarkan firman Allah SWT : Yang bermaksud: Dan jadikanlah sebahagian maqom Ibrahim sebagai tempat menunaikan ibadah
* maqom Ibrahim adalah tempat Nabi Ibrahim berhenti ketika mana baginda sedang membina kaabah dan disitu tedapat tapak kakinya.
Manakala secara ma’nawi dapat difahami dari firman Allah SWT : Yang bermaksud: Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang, bertahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan.Mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke maqom terpuji.
Al-Mufassirin menerangkan bahawa maqom yang terpuji adalah syafaat dari Allah SWT.
Berkata At-Tussi dalam kitabnya Al-Lam’ bahawa kedudukan maqom dapat dicapai dengan melalui tujuh marhalah iaitu:
I. Taubat V. Sabar II. Wara’ VI. Tawakal III. Zuhud VII. Redho IV. Fakir
Persoalan: Mengapa taubat diletakkan sebagai asas dalam pembinaan maqom? Ahli Sufi bersepakat meletakkan taubat sebagai asas dalam pembinaan maqom dengan tujuan,untuk melatih individu bersikap jujur dengan diri sendiri sekaligus dapat menguasai diri untuk mengawal nafsu.
Menurut At-Tussi, bagi mereka yang ingin merasai ketenangan dan kesucian jiwa yang sebenar,mereka perlu melintasi marhalah yang 7 itu berdasarkan turutan sifat,pada hakikatnya, bukan mudah untuk berpindah dari satu marhalah ke marhalah berikutnya tetapi itulah yang diikuti oleh para rasul terdahulu,tarbiah jiwa yang mantap memberi kekuatan kepada mereka.Sehingga kini ahli sufi mewarisi sessi pentarbiahan para rasul untuk merasai nikmat sebenar sepertimana yang telah dirasai oleh mereka.
Kudrat Allah SWT yang telah mengurniakan sekeping hati yang kental dan minda besar kepada rasul mustofa,Muhammad SAW.Sejak mula dilahirkan baginda telah diuji dengan kewafatan kedua bonda dan ayahndanya,tika mula diutus menjadi rasul pelbagai tohmahan fitnah yang diterimanya,malahan tubuh suci baginda turut dibelasah oleh mereka yang dengki dengan islam..sehingga kini..setelah berabad lamanya baginda meninggalkan kita namun hinaan, kutukan, cacian terhadapnya masih belum terhenti..kerna apa?kerna adat sikap kafir la’natullah yang sentiasa tidak senang melihat kesatuan islam biarpun sehingga tibanya kiamat..
Firman Allah SWT:
Yang bermaksud: Wahai Orang-orang beriman! mintalah pertolongan dalam keadaan kamu bersabar dan menunaikan solat.Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang bersabar..
Ayat ini menjadi tunggak kekuatan para rasul terdahulu bagi meneruskan perjuangan Islam.Baginda Rasulullah SAW, ketika mana dilanda masalah,buntu dalam menyelesaikan permasalahan umat. Baginda akan bersegera menunaikan ibadah,bersolat tahajud, berdoa memohon bantuan dari Allah SWT agar diberikan ilham terbaik bagi menyelesaikan masalah.Itu tara rasul yang ma’sum, merintih di hadapan Allah SWT mengharapkan nusroh dariNya.Tapi yang sedihnya kita selaku umat mutakhir ini,kekadang tak mampu membezakan sesuatu yang dikatakan nusroh Allah SWT atau bisikan dari syaitan durjana..kerna hati dah sarat dengan tompokan dosa.
Keseimbangan antara tasauf dan akhlak dapat melahirkan insan yang cemerlang dari sudut akidahnya..mereka tidak akan mudah tersasar dan tersimpang dari landasan islam.Ini yang kita inginkan! Kita tak perlu nak berbalah mahu menegakkan sesuatu, jika akhlak yang dipamerkan tidak bersesuaian dengan perkara yang ingin ditegakkan.Bercakap soal agama,tetapi amanah pada diri tak pernah ditunaikan,solatnya bagaimana?tahajud pernah ke tidak?,hubungan sesama manusia dijaga atau tidak?sama-sama koreksi diri. Dalam ilmu akhlak ada menyebutkan ,tarbiah jiwa (dhomir), hati (qolbun) dan naluri (wajdan) amat penting,ia akan memberi kesan pada pembinaan akhlak individu muslim.Bilamana kita menjaga jiwa,hati dan naluri pastinya ia akan mendorong diri untuk sentiasa melakukan kebaikan, dan akan tersekat nafsu dari melakukan keburukan..Inilah peri pentingnya kesatuan dalam ilmu tasauf dan akhlak.
Dewasa kini,terutamanya kita selaku penuntut ilmu Allah SWT yang sudah bertalaqi dengan bermacam jenis ulama’,sudah tentu faham dan sayang dengan islam..Cuma sekarang tepuk dada tanya diri sejauh mana kefahaman kita, intima kita dengan islam …target kita nak capai akhlak para rasul dan nabi! Inginkan kekentalan jiwa seperti mereka…jangan biarkan ianya hanya berbuih dimulut,buktikan dengan tindakan. Biarpun kita tidak dikurniakan Allah SWT sifat ma’sum pada diri namun.ia bukan alasan untuk mudah melakukan dosa.. .Kita dikatakan sebagai ulama’ pewaris nabi..seantereo dunia dah tahu.Namun akhlak yang ditonjolkan masih samar-samar untuk meletakkan diri selaku pewaris nabi.Budaya chatting yang berleluasa, ikhtilat siber tanpa syar’ienya, tradisi angkat mengangkat.. malu untuk mengaku selaku penuntut ilmu agama apatah lagi ulama’..jauh sangat kita dengan para nabi dari sudut akhlaknya..apalagi tasauf dalam diri? Fikirkan bersama.
<<Waalahua’lam>>
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen. Powered by AkoComment 2.0! |
||
| Dikemaskini ( Khamis, 22 November 2007 ) | ||
