| Ilmu Mantiq |
|
|
|
| Sumbangan oleh Muhamad Hakimi Bin Hussain | ||
| Rabu, 26 April 2006 | ||
|
INTRODUKSI Selayaknya segala pujian itu hanyalah untuk Allah swt, Tuhan yang mentadbir sekalian alam ini tanpa ada satu makhluk pun yang membantu dan tiadalah bagi Allah itu beban untuk menjaga segala apa yang terdapat di muka bumi ini dan di tujuh petala langit Allah swt. Selawat dan salam dihamparkan buat junjungan besar, junjungan mulia Nabi Muhammad saw, penutup segala para nabi, kekasih Allah yang agung dan juga Al-Amin.
ولقد كرمنا بنى ءادم وحملنهم فى البر والبحر ورزقنهم من الطيبت وفضلنهم على كثير ممن خلقنا تفضيلا (70)
Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah melebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan”. – Al-Isra’: 70.
Diantara nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah swt kepada Bani Adam adalah nikmat akal, malah Allah juga telah mengurniakan kepada kaum ini keupayaan untuk berfikir dan Allah swt juga telah mengklasifikasikan tahap-tahap penggunaan akal mengikut keupayaan dan kemampuan akal itu sendiri. Ada yang mengatakan dengan maksudnya: “Berfikirlah kamu akan nikmat-nikmat yang Allah swt kurniakan kepada kamu dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah swt”. Kerana tahap akal fikiran manusia tidak mampu untuk melampaui batas tersebut kerana zat Allah swt hanya Allah swt Taala sahaja yang mampu untuk merungkainya. Allah swt telah menyebut perkataan (العقل) di dalam Al-Quran sebanyak 94 kali dan diantaranya di dalam bentuk (أفلا تعقلون ) dan sebanyak 8 kali di dalam sighah (لعلكم تعقلون) sebagai satu garis panduan untuk manusia memacu akal fikiran mereka. Terdapat juga di dalam Al-Quran kalimah (الفكر) yang di sebut sebanyak 18 kali yang mengajak umat manusia untuk berfikir tentang keadaan diri mereka sendiri diantaranya: الذين يذكرون الله قيما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون فى خلق السموت والأرض ربنا ما خلقت هذا بطلا سبحنك فقنا عذاب النار (191) Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”.- Ali-Imran: 191. قل انما أعظكم بوحدة أن تقوموا لله مثنى وفردى ثم تتفكروا ما صاحبكم من جنة ان هو الا نذير لكم بين يدى عذاب شديد (46) Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, samada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah betulnya ajaranKu”. Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah sebagai Rasul pemberi amaran kepada kam, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (diakhirat).- Dan telah diulang firman Allah Taala (ان فى ذلك لأيات لقوم يتفكرون) sebanyak 4 kali di dalam Al-Quran. Demikianlah bagaimana Allah swt telah kaitkan antara (العقل) dan (الفكر) di dalam Al-Quran Al-Karim. Allah swt juga telah membekalkan untuk setiap umat manusia itu beberapa garis panduan yang berkaitan dengan akal dan pemikiran ini contohnya: 1. Az-Zatiah): yang berkaitan tentang hakikat sesuatu benda itu yang tetap dan tidak berubah-ubah. 2. Al-Ghairiah): yang berkaitan tentang kebarangkalian bagi sesuatu benda itu berubah mengikut sifat-sifat yang tertentu. 3. (As-Sababiah): yang berkaitan tentang keberadaaan sesuatu sifat itu disebabkan dengan sifat yang ada padanya. 4. (‘Adamu Jawaz at-tanaqud): mustahilnya sesuatu benda itu bercanggah dengan benda yang lain. kerana sekiranya bagi manusia itu hanya akal semata-mata, cukuplah bagi semua manusia itu asas-asas yang telah disebutkan di atas tanpa perlu berhajat kepada ilmu mantiq. Akan tetapi, menjadi fitrah bagi setiap insan yang Allah swt itu tidak semata-mata akal sahaja, bahkan pada manusia itu, kekuatan dan kemampuan berfikir yang berbeza-beza kerana terkesan dengan faktor-faktor luaran yang berada disekitar kehidupan manusia itu sendiri. Atas dasar inilah penulis merasa terpanggil untuk melakarkan beberapa kaedah di dalam ilmu mantiq yang dirasakan perlu untuk difahami oleh setiap manusia amnya dan khususnya Azhari/ah bagi memastikan kesucian Islam ini dapat dipacu tanpa ada gangguan daripada anasir-anasir yang bersifat luaran dan dalaman yang bertujuan untuk menghancurkan agama Islam, agama yang suci ini.
Di dalam ruangan ini, penulis akan membincangkan beberapa bahagian daripada beberapa pembahgian yang terdapat di dalam kitab (ضوابط الفكر) ini yang berkaitan dengan ilmu mantiq. Bahagian pertama yang berkaitan dengan ilmu mantiq dari beberapa sudut iaitu: · Pengenalan · Fokus · Faedah · Hukum mempelajari ilmu ini. · Sejarah PENGENALAN DAN DEFINISI ILMU MANTIQ:
Al-Mantiq dari segi bahasa diertikan dengan beberapa pengertian:
1. Al-Idrak Al-Kulli (الادراك الكلى):kemampuan untuk mengetahui sesuatu perkara itu secara keseluruhan. 2. Istilah atau lafaz yang digunakan untuk mengetahui sesuatu perkara itu. 3. Kekuatan akal iaitu tempat memproses sesuatu perkara itu. dari segi istilah pula terdapat beberapa pengertian juga yang berbeza tertakluk kepada sudut dan penilaian yang dibuat.
Sekiranya dinilai dari sudut hakikat dan fokus maka pengertiannya adalah pengertian Bi Al-Had (بالحد). Sekiranya dinilai dari sudut faedah dan matlamat maka pengertiannya disebut sebagai pengertian Bi Ar-Rasmi (بالرسم). Definisi Mantiq Bi Al-Had: Ilmu mantiq adalah ilmu yang membicarakan tentang kaedah pemikiran manusia. Membicarakan tentang sesuatu maklumat yang bersifat imaginasi (taswiriah) dan realistik (tasdiqiah) yang membawa kepada sesuatu perkara yang tidak diketahui keadaannya samada yang bersifat imaginasi atau yang bersifat realistik atau tentang sesuatu yang terpaksa ditangguhkan proses untuk mengetahuinya. Ulasan difinisi: · Ilmu: suatu proses untuk mengetahui gambaran sesuatu perkara yang terdapat di dalam akal manusia yang ingin diketahui keadaannya sehinggalah menatijahkan suatu hasil. Ulasan ini sebagaimana yang didefinisikan oleh ulama mantiq. · Adapan ulama ilmu kalam mendefinisikan al-ilmu sebagai satu pegangan yang pasti yang bertepatan dengan peredaran zaman dan disokong dengan bukti-bukti yang jelas. · Imaginasi atau yang disebut dengan (taswiriah): gambaran yang telahpun ada di dalam akal fikiran tanpa dihukum samada perkara tersebut adalah positif ataupun negatif. · Realistik atau yang disebut sebagai (tasdiqiah): gambaran yang telahpun ada di dalam akal fikiran dan dihukum perkara tersebut adalah positif ataupun negatif. Dan setiap keduanya (taswiriah dan tasdiqiah) samada pasti (ضرورى) atau yang berhajat kepada penelitian (نظرى). Al-Ilmu terbahagi kepada 4 bahagian: 1. Tasawwur Dhoruri: perkara yang terhasil tanpa perlu dihukum padanya samada positif atau negatif, dan tidak memerlukan kepada penilitian dan pemikiran. (secara refleks.) Contoh: Panas dan sejuk. 2. Tasawwur Nazhori: perkara yang terhasil tanpa perlu dihukum padanya samada positif ataupun negatif tetapi memerlukan kepada penelitian dan pemikiran. Contoh: Malaikat dan Jin. 3. Tasdik Dhoruri: perkara yang terhasil dan dihukum padanya samada positif atau negatif, dan tidak memerlukan kepada penilitian dan pemikiran. Contoh: Benda yang ada dan benda yang tiada tidak akan berkumpul (hukuman yang jatuh padanya-negatif-) didalam satu keadaan. 4. Tasdik Nazhori: perkara yang terhasil dan dihukum padanya samada positif atau negatif, dan memerlukan kepada penilitian dan pemikiran. Contoh: Allah itu wujud. Dan kewujudan Allah dilihat dari sudut makhluk-makhluk yang diciptakan-Nya. Definisi mantiq bi Ar-Rasmi: Perantaraan yang bersifat Qanuniah (kaedah-kaedah tertentu) yang bertujuan untuk menjaga dan memelihara akal daripada membuat kesilapan ketika berfikir. FOKUS ILMU MANTIQ: Membicarakan tentang kaedah pemikiran manusia. Membicarakan tentang sesuatu maklumat yang bersifat imaginasi (taswiriah) dan realistik (tasdiqiah) yang membawa kepada sesuatu perkara yang tidak diketahui keadaannya samada yang bersifat imaginasi atau yang bersifat realistik atau tentang sesuatu yang terpaksa ditangguhkan proses untuk mengetahuinya. FAEDAH MEMPELAJARI ILMU INI:
Mampu untuk membezakan antara yang hak dan yang batil
Ilmu ini juga dinamakan dengan (Mi’yar Al-Ulum). HUKUM MEMPELAJARI ILMU INI. Terdapat beberapa perselisihan pendapat tentang hukum mempelajari ilmu ini. Haram: Pendapat Imam Ibnu Solah dan Imam An-Nawawi, tetapi dijelaskan bahawasanya kedua-dua Imam ini mengharamkan untuk dipelajari ilmu ini sekiranya dicampur dengan masalah-masalah falsafah yang membawa kepada kekufuran dan keraguan dari sudut aqidah. Kedua-duanya juga berpendapat dengan mempelajari ilmu ini boleh diambil faedah daripadanya untuk menguatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah dan menolak segala syubhat yang dilontarkan oleh musuh-musuh Islam.
SEJARAH ILMU MANTIQ: Allah swt telah menciptakan bagi manusia itu akal fikiran yang kadar kemampuan untuk berfikir yang berbeza-beza diantara manusia. Perasaan, nafsu, adat dan warisan turun temurun menjadi faktor luaran dan dalaman perbezaan kadar pemikiran insan di dunia ini. Bertitik tolak dari perkara inilah para pemikir yang cukup prihatin tentang perkara ini merasakan ada kepentingan untuk membukukan kaedah dan cara-cara berfikir dengan tujuan untuk menjaga akal daripada membuat kesilapan di dalam berfikir. Sekirannya diteliti tentang peri pentingnya mempelajari ilmu ini, didapati satu sekolah yang diberi nama Fithaghoras daripada Yunani telah memperkenalkan mantiq dengan cara penghujahan akal sehingga sampai ke Kemudian diikuti pula dengan kesungguhan Socrates berbicara tentang dua topik yang cukup penting daripada topik-topik yang terdapat di dalam ilmu mantiq ini iaitu Al-Ta’rif (pengertian) dan Al-Istiqra’ (penilaian) dan menganggap dua topik ini sebagai salah satu jenis daripada jenis-jenis penghujahan dan ini berlaku kerana beliau ingin bertindak untuk menyekat dan menolak ajaran yang salah yang dibawa oleh golongan Sofastoiyin yang muncul di Yunani dengan membawa cara pemikiran yan salah, yang pandangan mereka yang terpesong iaitu mereka menyatakan cara untuk mengetahui sesuatu perkara itu adalah dengan menggunakan pancaindera sahaja dan menolak akal sebagai wasilah yang untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara itu, dan bilamana pancaindera yang digunakan berbeza maka proses untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara itu juga berbeza. Sekiranya seseorang individu itu melihat suatu perkara itu baik maka baiklah ia dan begitu juga sebaliknya. Malah golongan ini juga menggunakan lafaz-lafaz dan perkataan-perkataan yang meragukan dengan tujuan untuk manusia berselisih dengan kebenaran dan kebatilan yang bertujuan untuk menguntungkan mereka dari sudut wang ringgit dan harta benda. Kehadiran Plato – anak murid kepada Socrates – menerangkan kembali apa yang dipelajarinya daripada gurunya Socrates dua tajuk utama iaitu Al-Ta'rif (pengertian) dan Al-Istiqra' (penilaian) dan menambah dua lagi methodologi yang baru iaitu القسمة العقلية dan القسمة المنطقية. Diikuti pula dengan kehadiran Aristotle – dikenali sebagai pencipta Ilmu Mantiq – mengambil manfaat daripada para pemikir yang terdahulu daripada beliau dengan membukukan kitab-kitab mantiqnya sebanyak 8 buah buku iaitu: المقولات
Ketika Iskandar Makedonia membuka Bandar Iskandariah, ramai para pemikir Yunani berpindah ke Terdapat juga beberapa golongan yang berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu falsafah dan mantiq kerana mereka ingin berhadapan dengan golongan Majusi, Yahudi dan Kristian dengan menggunakan kedua-dua methodology ilmu ini. Berdasarkan perkara ini, Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur telah memerintahkan agar kesemua kitab-kitab falsafah dan mantiq ini diterjemah kepada bahasa Arab dan Abdullah Bin Maqfa' pun menterjemahkan tiga buah kitab mantiq milik Aristotle iaitu: المقولات
Diantara ulama'-ulama' yang cukup mengambil berat tentang ilmu mantiq adalah seperti; Al-Kindi, Al-Farabi, Ar-Razi, Ibnu Sina dan Abu Hamid Al-Ghazali. Dan Wallahu A'lam. Rujukan: <!--[if !supportLists]-->1- <!--[endif]-->Al-Quran Al-Karim <!--[if !supportLists]-->2- <!--[endif]-->Kitab Kuliah; Dhawabitul Fikri karangan <!--[if !supportLists]-->3- <!--[endif]-->Mu'jam Al-Asasi
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen. Powered by AkoComment 2.0! |
||
| Dikemaskini ( Khamis, 22 November 2007 ) | ||
