webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu
Surah Quraisy : Bahaya terlalu manja dengan nikmat dunia PDF Cetak E-mail
Kadaran oleh Pengguna: / 2
TerukBagus 
Sumbangan oleh Ibrahim Abd Wahab   
Sabtu, 29 April 2006
Kita membincangkan suatu surah yang dapat merawat sejenis penyakit yang sentiasa melanda pada kebanyakan manusia, iaitu penyakit terlalu manja dengan habuan dunia sehingga menjadikan mereka lupa untuk bersyukur kepada Allah serta terperosok ke dalam kancah kekufuran.

  1. Firman Allah SWT :
 

áÅöíáÇÝö ÞõÑóíúÔò {1}ÅöíáÇÝöåöãú ÑöÍúáóÉó ÇáÔøöÊóÇÁ æóÇáÕøóíúÝö{2

 

    Ibnu Kathir ketika menafsirkan perkataan ÅöíáÇÝö dengan katanya : keghairahan puak quraisy kerana hidup dinegeri yang dijamin keamanan oleh Allah. An-Nasafi pula menyebut : diletakkan perkataan ÅöíáÇÝö kemudian dikaitkan dengan dua rehlah  menunjukkan betapa besar nikmat itu yang membolehkan mereka merasa bangga dengan kurniaan Ilahi itu. 

 

    Soalan : Siapakah golongan yang disebut sebagai ashabul ilaf itu?

 

    Kata al-Harawi dan selainnya : Golongan yang disebut sebagai ashabul ilaf itu seramai empat orang pembesar dikalangan kaum Quraisy : Hashim (mempunyai hubungan diplomasi dengan raja Syam), Abdu Syams (dengan Habsyah), muthalib (dengan Yaman) dan Naufal (dengan Parsi). Dengan adanya empat orang ini para peniaga Quraisy dapat menjalankan perniagaan mereka dengan aman tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. 

 

    Ayat di atas menceritakan tentang keghairahan orang Quraisy dengan nikmat yang sangat tinggi nilainya disisi manusia. Nikmat yang disebutkan dalam surah ini adalah nikmat berupa keamanan sehingga mereka dapat menjalankan perniagaan mereka pada 2 tempat yang berbeza dengan musimnya yang berbeza iaitu di Yaman (musim sejuk) dan di Syam (musim panas). Adalah menjadi kewajiban bagi mereka khasnya – dan orang-orang islam amnya- untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas nikmat tersebut. 
     

 

    (2) FirmanNya lagi :

 
ÝóáúíóÚúÈõÏõæÇ ÑóÈøó åóÐóÇ ÇáúÈóíúÊö {3}ÇáøóÐöí ÃóØúÚóãóåõã ãøöä ÌõæÚò æóÂãóäóåõã ãøöäú ÎóæúÝò {4} 

 

 

    Mereka kekal dengan nikmat itu sehinggalah Allah utuskan seorang rasul kepada mereka lalu dibacakan ayat di atas kepada mereka. Nikmat Allah SWT yang paling besar bagi mengisi keperluan manusia sejagat adalah nikmat keamanan dan makanan.  

 

    Seolah-olah surah ini mengingatkan kamu dengan katanya : Hidupkanlah jiwa-jiwamu itu dengan sentiasa mengingati nikmat Allah dan berhati-hatilah dengan sifat Hub ad-Dunia, kerana ia boleh mematikan jiwa dan menghalang kamu dari bersyukur kepada Pemberi Nikmat (Allah SWT) 
     

 

    KESIMPULAN YANG BOLEH DI AMBIL DARI SURAH INI: 

 
  1. Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummu Hani' binti Abi Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda ; Allah telah melebihkan kaum Quraisy dengan 7 perkara : aku (baginda nabi) dilahirkan dikalangan mereka, risalah nubuwah tersebar kerana mereka, sebab terhalang dan turunnya air hujan kerana mereka, Allah memberi kemenangan kepada mereka mengalahkan tentera bergajah, mereka telah menyembah Allah selama 10 tahun sewaktu kaum lain tidak lagi menyembahNya, dan Allah turunkan satu surah dalam al-Quran khas untuk mereka –lalu Nabi SAW membaca surah itu. (kata Ibnu Kathir ; hadis ini hadis gharib pada sudut fadhilatnya).
  1. Perkataan "quraisy" mengandungi banyak maksud. Antaranya : 1) bersatu selepas berpecah. 2)kaum yang hidup dengan hasil makanan dari titik peluh sendiri. 3) salah seekor haiwan terkuat di laut. Disebut "al-Qirsy".
  1. Berdasarkan pada ayat ke-3 dan ke-4, kata Sa'id Hawwa: sesungguhnya ayat ini dijadikan hujah yang kuat bagi puak Quraisy untuk terus hidup dalam kekufuran, kata mereka seperti yang dirakamkan dalam surah al-Qasas yang bermaksud : [ …mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah Kami telah melindungi mereka dan menjadikan (Makkah) tempat tinggal mereka yang suci dan aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari perlbagai jenis…ayat 57]. Kemudian datang 2 surah (al-Fiil dan Quraisy) yang menguatkan lagi hujah mereka untuk tidak menyembah Allah. Jadi pihak kuffar mengambil inisiatif dari ayat di atas untuk menolak dari menerima agama islam kerana takut akan berhadapan dengan musuh yang pelbagai dan diancam dengan kemiskinan (sedangkan mereka telah dikurniakan keamanan dan kekayaan).

    Wallahu a'lam 
     

 

    Rujukan : 

 
  1. Al-qur'an, tafsir pimpinan Ar-Rahman
  2. Al- asas fii at-tafasir
  3. Tafsir al-imam Al-qurtubi
  4. Kitab Khowatir Qur'aniyah

Ruangan Komentar

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen.
Sila login atau daftar.

Powered by AkoComment 2.0!

Dikemaskini ( Khamis, 22 November 2007 )