webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu
Salah Hawakah, Adam dimurkai Allah S.W.T? PDF Cetak E-mail
Kadaran oleh Pengguna: / 2
TerukBagus 
Sumbangan oleh Siti Saleha Ismail   
Sabtu, 29 April 2006
Kejadian manusia merupakan ciptaan Allah s.w.t yang unik, agama Yahudi dan Nasrani juga mengakui lelaki dan wanita adalah hasil daripada bukti kekuasaan Tuhan pencipta seluruh cakerawala.Al Quran dan kitab-kitab agama lain turut menukilkan  kisah  Nabi Adam dan Hawa sebagai perintis kaum manusia di muka bumi.
Namun agama-agam seperti Yahudi dan Nasrani mendakwa Hawa bertanggungjawab di atas kemurkaan Tuhan kepada  Nabi Adam dan dengan sebab Hawalah mereka dihukum diturunkan ke dunia.  Antara kenyataan yang dinyatakan di dalam kitab Kristian (Genesis) tentang kisah Adam:
Adam berkata : "Wanita inilah yang telah memberikan kepadaku beberapa biji buah dari pohon ini dan aku memakannya"  Lalu Tuhan berkata kepada Hawa"Aku akan tambahkan kesakitan padamu dengan kesakitan semasa hamil dan semasa bersalin, segala kehendakmu adalah hanya untuk suamimu dan dia berkuasa sepenuhnya keatas kamu".

 
     Hukuman ini kononnya adalah akibat daripada hasutan dan godaan Hawa kepada Nabi Adam.  Buku The Status of Women In Formative Judaisme karangan  Leonard J.Sdwidler menyatakan hukuman kepada kaum wanita ini dikenali sebagai 9 Sumpahan yang dinyatakan oleh pendita-pendita Yahudi.  Betapa wanita ini mendapat hukuman yang lebih berat dari hukuman kaum Adam di sisi agama mereka, bahkan ianya menjadi satu hukuman turun-temurun untuk kaum wanita dan satu hukuman yang setimpal buat kaum yang dikatakan penggoda dan penghasut kononnya.

 
     Keadilan Islam menyatakan kebenaran dalam persoalan ini, firman Allah s.w.t yang bermaksud:
 
Lalu Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya, supaya dibukakan kemaluannya yang tertutup.  Dan syaitan mengatakan, Tuhan melarang engkau berdua jangan menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal.  Dan dia bersumpah kepada keduanya sesungguhnya aku ini penasihat bagi kamu berdua.  Lalu syaitan dapat menjatuhkan kedua-duanya dengan tipu daya dan setelah kedua-duanya merasakan buah pohon itu, terangkatlah bagi keduanya kemaluan keduanya lantas keduanya menutup dirinya dengan daun syurga.  Kemudian Tuhannya memanggil keduanya : "Bukankah Aku telah melarang engkau berdua dari pohon itu dan telah Aku katakan kepada engkau berdua bahawa syaitan itu adalah musuh yang terang bagi engkau berdua" Surah Al A'raf 20-22.
 
Ayat ini dengan jelas menyatakan sihgoh musana yang banyak, bukti bahawa Adam dan Hawa sama-sama bertanggungjawab, malahan di dalam Surah Taha ayat 117 firman Allah s.w.t yang bermaksud:
 
"Lalu Kami berkata : Hai Adam ! sesungguhnya iblis ini adalah musuh engkau dan isteri engkau.Sebab itu janganlah dibiarkan dia sampai mengeluarkan engkau berdua dari syurga, nanti engkau menjadi celaka".  Jelas menunjukkan Nabi Adam diberi tanggungjawab oleh Allah s.w.t mengingatkan Hawa dari godaan iblis laknatullah.

 
     Kenyataan Al Quran jelas bertentangan dari kenyataan Bibble.  Malahan kita dapat meneliti sifat Allah s.w.t yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun buat hamba-hambanya selagimana dia bertaubat.  Sekaligus ayat-ayat suci Al Quran ini telah menolak dakwaan palsu golongan kuffar terhadap status wanita dan keadilan sejagat yang sebenar dengan memaparkan kebenaran yang sengaja diselindung oleh golongan yang ingkar dengan kebenaran risalah tauhid yang di bawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Moga kebenaran akan tetap tersingkap jua walaupun kebatilan yang sering diagung-agungkan,Al haq haq al batil batil.
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Rujukan:
 
1.Al Quran
 
2.Kedudukan Wanita dalam Islam (Amru Khalid)
 
3.Women in Islam versus Judoe and Kristian between myth and reality.

Ruangan Komentar

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen.
Sila login atau daftar.

Powered by AkoComment 2.0!

Dikemaskini ( Khamis, 22 November 2007 )