| Pengenalan Ilmu Tafsir |
|
|
|
| Ditulis oleh Ahmad Yussuf | ||
| Jumaat, 30 Jun 2006 | ||
|
Ilmu tafsir merupakan antara ilmu terpenting
dalam ilmu-ilmu Islam. Hal ini disebabkan oleh tugasnya yang berat untuk
memperjelaskan ayat-ayat al-Quran seperti mana yang dikehendaki oleh Allah
s.w.t. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ilmu tafsir adalah
semulia-mulia ilmu berdasarkan tugasnya itu. Oleh yang demikian, golongan yang
melaksanakan tugas ini bukanlah golongan yang sebarangan, bahkan mereka
mempunyai kemampuan dan persediaan yang benar-benar mantap. Pelbagai bentuk
tafsiran telah berjaya dikeluarkan oleh golongan ini berdasarkan kemampuan dan
kecenderungan mereka untuk mempersembahkan tafsiran yang dibuat, juga mengikut
kesesuaian zaman mereka berada.
"Ilmu
yang membicarakan tentang hal ehwal kalam Allah dari aspek ia menunjukkan apa
yang dikehendaki oleh Allah daripada kalam-Nya. la terbahagi kepada tafsir,
iaitu perkara yang tidak dapat diketahui melainkan dengan an-Naql seperti
asbabu al-nuzul dan kisah-kisah. Dengan erti kata yang lain, yang berkaitan
dengan riwayat. Begitu juga ia terbahagi kepada takwil, iaitu perkara yang
mampu diketahui melalui kaedah-kaedah bahasa Arab. Dengan erti kata lain, yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Maka, adalah salah jika seseorang individu
membicarakan tentang tafsir tanpa ada naql dan takwil sekadar dengan hawa
nafsu, walaupun tepat (tafsiran yang dibuat)."[3]
1. Akidah yang luhur dan betul 2. Menghindarkan diri daripada hawa
nafsu 3. Menafsirkan al-Quran dengan
al-Quran terlebih dahulu 4. Disusuli menafsirkan al-Quran
dengan al-Sunnah 5. Menafsirkan dengan kata-kata
para sahabat sekiranya tidak didapati dalam al-Quran mahupun al-Sunnah 6. Akhir sekali sekiranya tidak ada
di dalam ketiga-tiga peringkat ini bolehlah ditafsir dengan kata-kata tabi'in 7. Penguasaan dalam bahasa Arab
serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya 8. Penguasaan ilmu-ilmu asas yang
berkaitan dengan al-Quran, seperti ilmu Qiraat, Tauhid, Usul Feqh dan Usul
Tafsir 9. Kefahaman yang mendalam dan jitu
yang memungkinkan ahli tafsir memilih tafsiran yang paling tepat.
la adalah
tafsiran al-Quran bersifat analisis. Ayat-ayat disusun berdasarkan susunan yang
terdapat dalam al-Quran (tartib mushafi)[5].
Seterusnya perkataan-perkataan ditafsirkan, ayat-ayat dikaitkan di antara satu
sama lain, dan makna ayat diterangkan. Ini merupakan bentuk lama tafsir yang
diketahui umum[6]. 2. Tafsir
Maudhu'i Tafsiran
dibuat berdasarkan tajuk-tajuk tertentu yang terdapat dalam al-Quran, atau yang berkaitan dengannya. b. Pembahagian tafsir dari aspek sumber pula
terbahagi kepada tiga iaitu : la adalah
tafsiran ayat al-Quran dengan ayat yang lain. Termasuk dalam kategori ini ialah
qiraat yang mentafsirkan qiraat yang lain.
la adalah
tafsiran al-Quran dengan ijtihad selepas mengetahui selok belok bahasa Arab dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Begitu juga mengetahui ilmu asbab
an-nuzul, nasikh, mansukh serta ilmu-ilmu lain yang perlu diketahui oleh
ahli tafsir.
la adalah
pentakwilan ayat-ayat al-Quran yang tidak bertepatan dengan zahir ayat
tersebut, berdasarkan isyarat-isyarat seni (ilham) yang boleh diketahui oleh
ahli-ahli suluk. Walau bagaimanapun, ia boleh dikaitkan dengan kehendak zahir
ayat.
[1] Lihat: Dr.Muhammad
Husain al-Zahbi. al-Tafsir wa al-Mufassirun, Maktabah Wahbah, Kaherah,
1995, jil.1, ms.17. [2] Lihat:
al-Sayuti, al-ltqanfi 'Ulumi al-Quran, Dar Ibn al-Kathir, [3] Lihat:
Prof. Dr. Ali Ahmad Salus, Ma'a al-Syiah al-lthnai 'Asyairah, Dar
al-Taqwa, Mesir. 1997, jil.2, ms.11. [4] Manna' al-Qattan, Mabahith fi
'Ulum al-Quran, Muassasah al-Risalah, [5] Lihat:
Prof. Dr. Syukri Shafiq Mustafa al-Akhdar, Fuyudat al-Mun'im al-Wahhab fi
al-Tafsir al-Maudhu'i, Dar Abu al-Fadh, Mahallah Kubra, 2000, juz.2,
ms.14. [6] Lihat:
Dr.' Iffat al-Syarqawi, Fi Mazahibial-Tafsir al-Islami, Dar
al-Firdaus li al-Tiba'ah, Kaherah, 1999, ms.59. [7] Ibid., ms.57. [8] Temubual dengan Prof. Dr. Muhammad
al-Sayyid Radhi Jibril di [9] Lihat:
Syeikh Khalid Abdul Rahman al-'Ak, Usul al-Tafsir wa Qawa'iduhu,
Dar al-Nafais, [10] Lihat:
Prof. Madya Dr. Solahuddin Yusuf Shalabi, Muhadharat fi Manahij
al-Mufassirin, 1998, ms.142 [11] Lihat:
Dr.Muhammad Husain al-Zahbi, Op. Cit., jil.2, ms.381. [12] Surah al-Baqarah: 22. [13] Surah al-Taubah: 31.
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen. Powered by AkoComment 2.0! |
||
| Dikemaskini ( Isnin, 14 Ogos 2006 ) | ||
