| Kisah al-Quran : Politik Firaun |
|
|
|
| Ditulis oleh Ahmad Yussuf | ||
| Jumaat, 30 Jun 2006 | ||
|
Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang diturunkan oleh Allah
s.w.t. Ia merupakan kitab hidayah, walaupun di dalamnya terkandung pelbagai
ilmu dan maklumat. Antara yang terkandung di dalam al-Quran ialah kisah umat
terdahulu. Cara kisah-kisah ini diceritakan di dalam al-Quran adalah pelbagai.
Ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek. Bahkan ada kalanya tidak tersusun
dari aspek turutan waktunya. Ini menunjukkan bahawa al-Quran tidak mementingkan
cerita, bahkan yang lebih dipentingkan adalah pengajaran yang perlu diambil
daripada cerita tersebut. Hal ini berbeza dengan kitab-kitab sebelumnya. Kitab
Taurat contohnya, meriwayatkan cerita mengikut turutan waktu secara terperinci,
sehingga ada pengkaji yang berpendapat ia lebih berbentuk kitab sejarah daripada
kitab agama. Antara kisah penting yang terdapat di dalam al-Quran adalah kisah
Fir'aun. Perkataan Fir'aun secara jelas
disebut di dalam al-Quran sebanyak 67 kali dalam 61 ayat dan pada 21 surah. ÞóÇáó Ãóáóãú äõÑóÈøößó ÝöíäóÇ æóáöíÏðÇ
æóáóÈöËúÊó ÝöíäóÇ ãöäú ÚõãõÑößó Óöäöíäó Maksudnya: "Berkata Fir`aun: Bukanlah kami membela kamu dari
kecil dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun?"[3]
[1] Hadith riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya daripada Abdullah bin Mas`ud, Nabi s.a.w. bersabda: "Ini Fir'aun umat ini". [2] Surah al-Nazi`aat: 32 [3] Surah Syuaraa: 18
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen. Powered by AkoComment 2.0! |
||
| Dikemaskini ( Ahad, 22 Oktober 2006 ) | ||
