webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama arrow Usuluddin arrow Aqidah dan Falsafah arrow Faktor-Faktor Kemunculan Ilmu Kalam

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu
Faktor-Faktor Kemunculan Ilmu Kalam PDF Cetak E-mail
Kadaran oleh Pengguna: / 7
TerukBagus 
Ditulis oleh Akmal bin Ahmad   
Selasa, 05 September 2006
Pada zaman Abbasiyah, banyak berlaku perbahasan ilmiah di dalam perkara-perkara aqidah termasuk perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Nabi salallahualaihi wasalam dan juga zaman para sahabat radhiallahu anhum. Perbahasan topik aqidah ini memberikan idea ilmu baru yang diberi nama Ilmu Kalam. Ia muncul dan berkembang atas faktor-faktor dalaman dan luaran sebagaimana berikut.

Faktor Dalaman:

1. Seruan al Quran kepada tauhid membentangkan aliran-aliran penting dan agama-agama yang bertebaran pada zaman Nabi salallahualaihi wasalam, lalu al Quran menolak perkataan-perkataan mereka. Secara tabi'e, para ulama' telah mengikut cara al Quran di dalam menolak mereka yang bertentangan, di mana apabila penentang memperbaharui cara, maka kaum muslimin juga memperbaharui cara menolaknya.

2. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah, hampir-hampir keseluruhan umat Islam di dalam keimanan yang bersih daripada sebarang pertikaian dan perdebatan. Maka apabila kaum muslimin selesai melakukan pembukaan negeri dan kedudukannya telahpun mantap, mereka beralih tumpuan kepada perbahasan aliran dan manhaj sehingga menyebabkan berlaku perselisihan pendapat di kalangan mereka.

3. Perselisihan di dalam masalah politik menjadi sebab di dalam perselisihan mereka mengenai soal-soal keagamaan. Jadilah parti-parti politik tersebut sebagai satu aliran keagamaan yang mempunyai pandangannya sendiri. Parti (kelompok) Imam Ali membentuk golongan Syiah, dan manakala mereka yang tidak bersetuju dengan Tahkim dari kalangan Syiah telah membentuk kelompok Khawarij. Dan mereka yang membenci perselisihan yang berlaku di kalangan umat Islam telah membentuk golongan Murji'ah.

Faktor Luaran:

1. Ramai orang yang memeluk agama Islam selepas pembukaan beberapa negeri adalah terdiri dari penganut agama lain seperti Yahudi, Nasrani, Atheis dan lain-lain. Kadangkala mereka menzahirkan pemikiran-pemikiran agama lama mereka bersalutkan pakaian agama mereka yang baru (Islam).

2. Kelompok-kelompok Islam yang pertama, khususnya Muktazilah, perkara utama yang mereka tekankan ialah mempertahankan Islam dan menolak hujah mereka yang menentangnya. Negeri-negeri Islam terdedah dengan semua pemikiran-pemikiran ini dan setiap kelompok berusaha untuk membenarkan pendapatnya dan menyalahkan pendapat kelompok lain. Orang-orang Yahudi dan Nasrani telah melengkapkan diri mereka dengan senjata ilmu Falsafah, lalu Muktazilah telah mempelajarinya agar mereka dapat mempertahankan Islam dengan senjata yang telah digunakan oleh pihak yang menyerang.

3. Ahli-ahli Kalam memerlukan falsafah dan mantiq (ilmu logik), hingga memaksa mereka untuk mempelajarinya supaya dapat menolak (keraguan-keraguan) yang ada di dalam ilmu berkenaan.

Ruangan Komentar

Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh menghantar komen.
Sila login atau daftar.

Powered by AkoComment 2.0!

Dikemaskini ( Isnin, 16 Oktober 2006 )