|
Ditulis oleh Muhammad Yusuf Abd Kadir
|
|
Isnin, 03 Ogos 2009 |
|
AlFadhil Ustaz Fathi Yakan, Ketua ÌÈåÉ ÇáÚãá ÇáÇÓáÇãí (Pakatan Amal Islami) di Lubnan, mantan ahli parlimen Lubnan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun 2009(1933 – 2009) bersamaan 19 Jamadil Akhir 1430 H, pada usia 76 tahun disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin buruk. Syaikh Fathi Yakan lahir di Tripoli (Tarablus) pada 9 Februari 1933 dan di tempat kelahirannya pula beliau dimakamkan. Kehidupan keluarga beliau bermula apabila beliau mengahwini Mona Haddad yang kemudiannya sama-sama mengasaskan sebuah universiti Islam swasta, Al-Jinan University. Dr. Fathi Yakan ialah ulama’ dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, yang jelas kelihatan semasa pilihanraya pada tahun 1996. |
|
Dikemaskini ( Selasa, 04 Ogos 2009 )
|
|
|
Ditulis oleh Mohd Azmir Hj. Maideen
|
|
Isnin, 08 Jun 2009 |
|
Dengan menggunakan nama Barrack Hussain Obama, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu telah memenangi perasaan umat Islam dengan menggunakan retorik perpaduan agama di dalam pidato 55 minit-nya di Universiti Kaherah. Tidak dapat dinafikan bahawa ucapan Obama pada 4 Jun lalu, telah meletakkan harapan yang amat tinggi sehingga sebahagian umat Islam terpesona dengan pidatonya, termasuklah ‘mereka’ yang berada di bumi al Azhar ini. Tidak kurang juga, ada yang sudah mengiktiraf Obama sebagai idolanya. Biarpun kita tidak tahu apakah ‘udang di sebalik batu’ pada hakikat yang tersirat di sebalik itu, masih ada yang terus berbaik sangka dan tidak kurang juga – tetap selamanya berburuk sangka. |
|
Dikemaskini ( Khamis, 16 Julai 2009 )
|
|
|
Sumbangan oleh Fitri Nurul Ain Nordin
|
|
Khamis, 30 April 2009 |
|
Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul, keramat, perkara ghaibiyyat, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib. Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa. Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka. Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar, namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat. HM Tuah Iskandar berpendapat dalam buku beliau “Mengislamisasikan Komunikasi Warta”, DBP 1997 ; “Media massa, sama ada bercetak mahupun elektronik adalah alat penyebaran maklumat yang tidak dapat dinafikan keberkesanan serta pengaruhnya terhadap pemikiran insan. Bagaimanapun, kesan dan pengaruh media pada diri seseorang insan dengan insan yang lain tidak setara kerana keberkesanan pengaruh itu boleh berubah dalam tiga keadaan yang berbeza samada berbentuk positif, neutral dan negatif”.
|
|
|
Ditulis oleh Fellow MANHAL PMRAM 2009
|
|
Rabu, 29 April 2009 |
|
1. PENDAHULUAN Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah 1. Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). 2. Hak penjagaan anak. 3. Status perkahwinan selepas pengislaman. |
|
|
Ditulis oleh Wan Azilina Binti Wan Ahmad
|
|
Sabtu, 22 November 2008 |
|
Bioteknologi moden hari ini dengan kaedah Kejuruteraan Genetik adalah salah satu daripada cabang hasil penyelidikan bidang sains dan teknologi. Hari ini ia digunapakai bagi banyak tujuan. Proses memanipulasi DNA organisma hidup seperti haiwan, tumbuhan dan mikroroganisma juga telah dikaji oleh saintis genetik. Komitmen Malaysia dalam memanfaatkan hasil penyelidikan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Ini kerana penggunaan bidang ini perlu di lihat dari pelbagai sudut. Bukan sahaja sumbangan dan manfaatnya tetapi implikasi dan kesan jangka pendek dan jangka panjang dalam penerimaan bidang ini sebagai sebahagian daripada keperluan hidup yang perlu dikaji dengan lebih mendalam. |
|
|
Ditulis oleh Muhammad Khairullah Hasyeem
|
|
Sabtu, 22 November 2008 |
|
Hari silih berganti hari, menandakan makin hampir perginya Ramadhan tahun ini. Bagi mereka yang merindui dan menantikan bulan yang penuh barakah ini, tentu merasakan pemergian Ramadhan adalah suatu yang memilukan hati. Lebih-lebih lagi mereka yang benar-benar menghayati ibadah dan ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan yang diiktiraf oleh Allah sebagai bulan petunjuk. Para ulama sering mengingatkan kita cara-cara bagaimana menghayati Ramadhan dengan lebih sempurna. Antara caranya adalah dengan kita sentiasa mengulang kaji dan bermuzakarah tentang 'feqh as siyam', iaitu feqh yang mempunyai kaitan dengan hukum-hakam puasa dan juga amalan-amalan sunnah yang sahih diamalkan oleh Rasulullah SALALLAHUALAIHI WASALAM di bulan Ramadhan.Terdapat juga cara lain yang dapat kita lakukan untuk menghayati Ramadhan yang penuh barakah ini dengan mentadabbur isi dan kandungan hadith-hadith yang berkaitan dengan kelebihan Ramadhan. |
|
Dikemaskini ( Sabtu, 22 November 2008 )
|
|
|
Ditulis oleh Muhamad Hakimi b Hussain
|
|
Jumaat, 21 November 2008 |
|
ÓÈÍÇä ÇáÐì ÎáÞ ÇáÃÒæÇÌ ßáåÇ ããÇ ÊäÈÊ ÇáÃÑÖ æãä ÃäÝÓåã æããÇ áÇ íÚáãæä Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. [Yaasin: 36] Baitul Muslim biasanya dikaitkan dengan perkahwinan. Lebih tepat lagi baitul muslim memberi pengertian proses pembinaan rumahtangga yang berlandaskan syariat dan peraturan yang ditetapkan di dalam agama Islam. Malah Baitul Muslim juga dikatakan sebagai permulaan dakwah ke arah pembentukan masyarakat dan negara Islam dan ianya juga menjadi medan pentadbiran Khilafah kecil. |
|
Dikemaskini ( Jumaat, 21 November 2008 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 Selepas > Terakhir >>
|