|
Ditulis oleh Mohd Farhan b Madzlan
|
|
Rabu, 08 Ogos 2007 |
|
Bila Baginda Rasulullah menyatakan aspek-aspek wanita yang diberi keutamaan dalam pemilihan lelaki, ketika itulah ramai yang akan mengangguk mengiyakan kecantikan salah satu kefarduan dalam pemilihan aspek tersebut. Yang lebih menarik, kalam ini bukan sahaja berlegar dikalangan lelaki, namun wanita juga mementingkan juga aspek kecantikan rupa pada pasangannya. Jika kulitnya hitam, mukanya berjerawat, hidungnya tak mancung, kurang incinya, badannya gempal, mungkin ia bakal diletakkan dalam senarai nama yang tersisih dari pemilihan utama. Tidak kurang itu, ada yang mengatakan rupa tidak menjadi masalah tapi perwatakan dan imej mesti ‘smart’. Itulah senario manusia bila diletak berbagai pilihan di depan mereka, mereka ingin memastikan pilihan itu adalah yang terbaik. |
|
Dikemaskini ( Rabu, 08 Ogos 2007 )
|
|
|
Ditulis oleh Norhan b Hamsi
|
|
Rabu, 08 Ogos 2007 |
|
Wahai sahabat-sahabat ! Ketahuilah,sesungguhnya bulan Rejab itu adalah bulan yang mulia, ganjaran yang besar bagi mereka yang melakukan amal ibadah di dalamnya terutamanya ibadah puasa dan istighfar serta taubat daripada dosa-dosa yang lalu. Selain itu,pada malam pertama dari bulan Rejab, amat digalakkan untuk memperbanyakkan doa kerana doa pada malam tersebut amat mustajab.
|
|
Dikemaskini ( Rabu, 08 Ogos 2007 )
|
|
|
Ditulis oleh Haji Muhyiddin bin Haji Hasyim
|
|
Khamis, 05 Julai 2007 |
|
Pertumpahan darah yang berlaku di antara pejuang Hamas dan Fatah sememangnya merupakan suatu perkara yang sangat mengejutkan dunia Islam. Dalam berhadapan dengan musuh yang sebenar iaitu Amerika dan Israel, tiba-tiba kita dikhabarkan dengan peristiwa ini yang berakhir dengan penguasaan Hamas terhadap Genting Gaza. Pelbagai komen dan pandangan terhadap pertumpahan darah tersebut. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengkritik sebagaimana yang dilakukan oleh Hizbu Tahrir dalam risalahnya. Hizbu Tahrir menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku dan menganggap bahawa peperangan dan pertumpahan darah sesama umat Islam di Palestin tidak syarie dan berlanggar dengan lunas-lunas Islam. |
|
Dikemaskini ( Khamis, 05 Julai 2007 )
|
|
|
Ditulis oleh Muhammad Noor b Mohd Shahar
|
|
Rabu, 11 April 2007 |
|
Perkahwinan dalam Islam merupakan suatu tuntutan dan kewajipan dalam pembinaan masyarakat yang unggul. Oleh itu Allah Taala telah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan keluar kepada pelbagai perkara. Penulisan ini akan menjuruskan kepada Pensyariatan kawin segara. Ia tidak bermaksud kawin di bawah umur mengikut undang-undang yang berbeza disetiap negara, walaupun di sana terdapatnya syariat yang membolehkan perkara tersebut. Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam Islam melainkan mengikut keadaan sesuatu masyarakat. Usia ’syabab’ atau belia-remaja adalah paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga. |
|
Dikemaskini ( Rabu, 11 April 2007 )
|
|
|
Ditulis oleh M.Khairul Azharuddin b Margilan
|
|
Selasa, 03 April 2007 |
|
Kita sering berbicara persoalan tarbiyyah. Ada yang menyatakan ia adalah suatu latihan, suatu proses pendidikan, suatu program bina diri dan sebagainya. Tahukah kita apakah perbahasan pengertiannya yang sebenar? Oleh hal yang demikian penulis ingin membawa perbahasan ini mengikut apa yang telah dibincangkan oleh tokoh-tokoh gerakan islam. Berikut adalah antara perbahasan ringkas berkenaan konsep tarbiyyah. |
|
Dikemaskini ( Selasa, 03 April 2007 )
|
|
|
Ditulis oleh Mohammad Zaki bin Mohd Nasir
|
|
Selasa, 03 April 2007 |
|
Aku tinggalkan Mercedes E 420 milikku di situ. Ada garisan senyuman yang terlukis sebelum kaki diatur meninggalkan besi beroda empat itu. Mataku sempat melirik ke arahnya. Sebentar kemudian timbul pula satu kesedihan. Betapa sukar mencapai seperti yang sekarang itu menjadi punca hampirnya mengalir mutiara-mutiara jernih dari kelopak mataku merasa sebak. |
|
|
Sumbangan oleh Mohd Hafiz Othman
|
|
Sabtu, 29 April 2006 |
|
Black Metal adalah satu gejala yang sedang merebak dalam masyarakat Malaysia, khususnya di kalangan remaja di beberapa buah negeri di sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Gejala ini ada kaitan dengan pengaruh internet, filem, muzik dan sebagainya merupakan anasir-anasir yang memberi makanan jiwa dan menusuk masuk ke dalam hati nurani mereka sehingga dapat dihayati dengan sepenuhnya. |
|
Dikemaskini ( Rabu, 25 Oktober 2006 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 Selepas > Terakhir >>
|