webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu

Tinjauan

Apakah bidang yang paling anda minati?
  
Cult: Ajaran Sesat Remaja Di Malaysia
Kadaran oleh Pengguna: / 2
Ditulis oleh Ibrahim b. Abdul Wahab   
Selasa, 03 April 2007

Cult atau pun ajaran sesat adalah satu perilaku atau fahaman yang sering dikaitkan dengan kesesatan kerana ajarannya mempunyai unsur-unsur ketahyulan, khurafat dan pemujaan syaitan. Ajaran sesat sebenarnya didokongi oleh satu golongan atau kumpulan manusia yang menjadikan pemujaan atau penyembahan iblis dan syaitan sebagai matlamat utama ajaran. Di samping itu, mereka juga berpegang kepada kepercayaan dan fahaman-fahaman yang berunsur tahyul dan khurafat atau magic serta sihir yang ada kaitannya dengan kedudukan, keagongan atau kemuliaan seseorang. Juga terdapat penyalahgunaan dadah dan seks bebas, didorong oleh fahaman keagamaan dan politik songsang serta lain-lain.

Tajdid Memperkasa Wacana Dakwah
Kadaran oleh Pengguna: / 1
Sumbangan oleh M.Khairul Azharuddin Margilan   
Selasa, 03 April 2007

Tajdid bererti perubahan ke arah yang lebih baik. Gerakan tajdid merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh segolongan manusia untuk memperbaiki dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Tajdid bukan bererti merubah yang sudah baku. Prinsip-prinsip dasar dalam agama Islam tidak boleh ditambah-tambah seperti dalam bidang akidah. Tajdid juga bererti memperbaharui sesuatu. Ia bererti kita berusaha kembali kepada agama Islam yang sebenar seperti penghayatan yang berlaku pada zaman nabi salallahualaihi wasalam.

Dikemaskini ( Selasa, 03 April 2007 )
Penulisan Sebagai Medium Dakwah
Kadaran oleh Pengguna: / 2
Ditulis oleh Noor Sharkilla Zaima Ismail   
Ahad, 25 Mac 2007
HAMKA adalah akronim daripada Haji Karim Amrullah, seorang tokoh sasterawan, ulama dan pendakwah Islam yang menjadi sanjungan masyarakat nusantara. Tidak janggal menyebut namanya, kerana beliau cukup dikenali lewat karya-karyanya berunsur dakwah yang kaya dengan penggunan falsafah dan nasihat. Keghairahan beliau menceburkan diri ke dunia mata pena sahaja sudah cukup menjadikan ramai masyarakat yang tersentuh dengan pemikiran dan cetusan beliau di dalam arena dakwah Islam dan tafsir.
Dikemaskini ( Selasa, 03 April 2007 )
Rahsia Perkahwinan & Perkaitannya Menurut Islam
Kadaran oleh Pengguna: / 2
Ditulis oleh Mohd Noor b. Mohamad Shahar   
Selasa, 19 Disember 2006
Manusia adalah semulia-mulia dan seindah-indah makhluk ciptaan ilahi.Keindahan dan kesempurnaan insan memerlukan kepada pembentukan keindahan rohani yang di sebut di dalam al Quran sebagai ‘al-khuluq’. Firman Allah  Taala yang bermaksud; “..Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu (secara berpasangan) dari jenis lelaki dan perempuan..”
Demonstrasi: Penilaiannya Pada Perspektif Islam
Kadaran oleh Pengguna: / 1
Ditulis oleh Mohd Idwan Khannan   
Selasa, 19 Disember 2006
 Rasulullah salallahualaihi wasalam bersabda; “..Barangsiapa menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya (perkataan), jika tidak mampu dengan qalbunya. Itu (dengan qalbu) adalah selemah-lemah iman..”  [HR Muslim].
Dikemaskini ( Selasa, 19 Disember 2006 )
Bughah: Salah Faham Masyarakat Terhadap Pengaruh Gerakannya
Kadaran oleh Pengguna: / 1
Ditulis oleh Mohd Azmir Hj. Maideen   
Isnin, 16 Oktober 2006

Undang-undang jenayah Islam, ‘bughah‘ (pemberontak/ penderhaka) dalam konteks kenegaraan sangat berkait rapat dengan persoalan hubungan dan ketaatan rakyat kepada negara atau pemerintah. Tinjauan ini penting dalam menjamin kestabilan politik Islam dan menganalisa reaksi politik hari ini. Adalah lebih baik sebelum topik ini dibincangkan dengan lebih jauh, kita mendefinisikan terlebih dahulu sesuatu matlamat gerakan sosial ditubuhkan agar ia dapat memberikan pengertian dan petunjuk yang luas tentang peranan kewujudan pertubuhan/gerakan (jamaah) di mata masyarakat.

Dikemaskini ( Selasa, 03 April 2007 )
Pengantar Ilmu Feqh Empat Mazhab
Kadaran oleh Pengguna: / 0
Sumbangan oleh Shahidatul Akma Bt Mohd Sha'ary   
Ahad, 25 Jun 2006

Di Dalam Islam terdapat banyak fahaman kumpulan feqh yang dikenali sebagai mazhab. Perara ini berlaku kerana, ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai. Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.

Dikemaskini ( Rabu, 08 November 2006 )
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 Selepas > Terakhir >>

Tidaklah sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah menimpakan kehinaan ke atas mereka seluruhnya - Riwayat at Thabrani di dalam al Awsat

Lain-lain

Tetamu

Kami ada 12 tetamu online