webspace hosting reseller hosting|             | blog| forum| dating| free hosting| openhost| report abuse
Internet Fax To Email - Unlimited

Unlimited Faxes, No Fees, Dedicated Phone Number

Free Website Templates
Menu Content/Inhalt
Utama

Waktu Solat

Kaherah, Mesir
Sat 21st November
Subuh
Syuruk
Zohor
'Asar
Maghrib
Isyak

Log Masuk

Kata Nama

Kata Laluan

Ingatlah saya
Terlupa kata laluan anda?
Masih tiada akaun? Buatlah satu

Tinjauan

Apakah bidang yang paling anda minati?
  
Hadith Dhaif: Keabsahannya Dalam Bidang Keilmuan
Kadaran oleh Pengguna: / 1
Ditulis oleh Mohd Azmir Hj Maideen   
Jumaat, 05 Mei 2006

Ilmu hadith merupakan salah satu cabang ilmu yang diwarisi daripada ulama-ulama silam. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati sejarah perkembangan ilmu hadith merupakan satu gambaran praktikal bagaimana Allah menjaga kalam suci Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam.

Dikemaskini ( Isnin, 14 Ogos 2006 )
Kadar Bantuan Kepada Asnaf Zakat
Kadaran oleh Pengguna: / 0
Ditulis oleh Suryani Masnan   
Jumaat, 30 Jun 2006

1. Fakir dan Miskin

1. Diberikan kadar yang bagi seumur hidupnya yang boleh dianggar berdasarkan purata umur hidup masyarakat tempatan ([1]), iaitu diberikan kadar yang cukup untuk menyara hidupnya buat selama-lamanya.

2. Kadar yang diberikan sehingga mencukupi untuk sara hidup sendiri dan keluarga selama setahun ([2]).

3. Kadarnya adalag cukup untuk belanja hidup sehari. Belanja sehari ada yang mengatakan sebanyak 40 dirham dan pendapat lain 50 dirham ([3]).

4. Keperluan paling minimum yang diperlukan ialah makan minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai bagi mereka, juga pelajaran anak-anak mereka, malah kesihatan bagi semua keluarganya, sesuai dengan kedudukannya berasaskan kesederhanaan ([4]).


Dikemaskini ( Khamis, 22 November 2007 )
Perbincangan : Adakah Kita Dilahirkan Bermazhab?
Kadaran oleh Pengguna: / 10
Ditulis oleh Suryani Masnan   
Jumaat, 30 Jun 2006

Manusia dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan fitrah, iaitu mentauhidkan Allah s.w.t. Ibu bapanyalah yang telah mencorakkan anak-anak mereka ke arah mana hala tuju akidah mereka seterusnya. Hal ini jelas dinyatakan dalam sabda Nabi s.a.w. yang sering kita dengari: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang telah menjadikan mereka Yahudi, atau Nasrani atau Majusi." Kesimpulan pertama yang dapat dibuat daripada hadis ini ialah manusia telah dilahirkan dalam keadaan beragama Islam. Namun, adakah manusia dilahirkan dalam keadaan telah menganuti sesuatu mazhab (feqh)? Persoalan ini yang akan kita bincangkan sebentar lagi.

Dikemaskini ( Ahad, 22 Oktober 2006 )
Asnaf Zakat (Golongan Penerima Zakat)
Kadaran oleh Pengguna: / 1
Ditulis oleh Suryani Masnan   
Jumaat, 30 Jun 2006
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah ayat 60 yang bermaksud : "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan 'amil-'amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
Dikemaskini ( Ahad, 22 Oktober 2006 )
Kisah al-Quran : Politik Firaun
Kadaran oleh Pengguna: / 2
Ditulis oleh Ahmad Yussuf   
Jumaat, 30 Jun 2006

Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Ia merupakan kitab hidayah, walaupun di dalamnya terkandung pelbagai ilmu dan maklumat. Antara yang terkandung di dalam al-Quran ialah kisah umat terdahulu. Cara kisah-kisah ini diceritakan di dalam al-Quran adalah pelbagai. Ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek. Bahkan ada kalanya tidak tersusun dari aspek turutan waktunya. Ini menunjukkan bahawa al-Quran tidak mementingkan cerita, bahkan yang lebih dipentingkan adalah pengajaran yang perlu diambil daripada cerita tersebut. Hal ini berbeza dengan kitab-kitab sebelumnya. Kitab Taurat contohnya, meriwayatkan cerita mengikut turutan waktu secara terperinci, sehingga ada pengkaji yang berpendapat ia lebih berbentuk kitab sejarah daripada kitab agama.

Dikemaskini ( Ahad, 22 Oktober 2006 )
Pengenalan Ilmu Tafsir
Kadaran oleh Pengguna: / 6
Ditulis oleh Ahmad Yussuf   
Jumaat, 30 Jun 2006

Ilmu tafsir merupakan antara ilmu terpenting dalam ilmu-ilmu Islam. Hal ini disebabkan oleh tugasnya yang berat untuk memperjelaskan ayat-ayat al-Quran seperti mana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ilmu tafsir adalah semulia-mulia ilmu berdasarkan tugasnya itu. Oleh yang demikian, golongan yang melaksanakan tugas ini bukanlah golongan yang sebarangan, bahkan mereka mempunyai kemampuan dan persediaan yang benar-benar mantap. Pelbagai bentuk tafsiran telah berjaya dikeluarkan oleh golongan ini berdasarkan kemampuan dan kecenderungan mereka untuk mempersembahkan tafsiran yang dibuat, juga mengikut kesesuaian zaman mereka berada.

Dikemaskini ( Isnin, 14 Ogos 2006 )
Pengenalan Kepada Surah-surah Al-Quran : Al-Fatihah
Kadaran oleh Pengguna: / 2
Sumbangan oleh Ibrahim Abd Wahab   
Jumaat, 31 Mac 2006

Surah al-Fatihah diturunkan di Makkah menurut pendapat Abdullah bin Abbas, kerana solat telah difardhukan sejak di Makkah lagi. Apabila solat difardhukan di Makkah, maka ia tidak akan dikatakan solat tanpa membaca al-Fatihah. Oleh hal yang demikian, surah ini turun di sana. Dinamakan al-Fatihah yang bererti 'Pembuka', kerana surah ini merupakan permulaan dari Al-Qur'an secara tulisan. Ia mengandungi 7 ayat dan merupakan surah yang ke-5 diturunkan. 

Dikemaskini ( Khamis, 22 November 2007 )
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 Selepas > Terakhir >>

Tidaklah sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah menimpakan kehinaan ke atas mereka seluruhnya - Riwayat at Thabrani di dalam al Awsat

Lain-lain

Tetamu

Kami ada 45 tetamu online