|
Ditulis oleh Muhammad Yusuf Abd Kadir
|
|
Isnin, 03 Ogos 2009 |
|
AlFadhil Ustaz Fathi Yakan, Ketua ÌÈåÉ ÇáÚãá ÇáÇÓáÇãí (Pakatan Amal Islami) di Lubnan, mantan ahli parlimen Lubnan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun 2009(1933 – 2009) bersamaan 19 Jamadil Akhir 1430 H, pada usia 76 tahun disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin buruk. Syaikh Fathi Yakan lahir di Tripoli (Tarablus) pada 9 Februari 1933 dan di tempat kelahirannya pula beliau dimakamkan. Kehidupan keluarga beliau bermula apabila beliau mengahwini Mona Haddad yang kemudiannya sama-sama mengasaskan sebuah universiti Islam swasta, Al-Jinan University. Dr. Fathi Yakan ialah ulama’ dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, yang jelas kelihatan semasa pilihanraya pada tahun 1996. |
|
Dikemaskini ( Selasa, 04 Ogos 2009 )
|
|
|
Ditulis oleh Mohd Azmir Hj. Maideen
|
|
Isnin, 08 Jun 2009 |
|
Dengan menggunakan nama Barrack Hussain Obama, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu telah memenangi perasaan umat Islam dengan menggunakan retorik perpaduan agama di dalam pidato 55 minit-nya di Universiti Kaherah. Tidak dapat dinafikan bahawa ucapan Obama pada 4 Jun lalu, telah meletakkan harapan yang amat tinggi sehingga sebahagian umat Islam terpesona dengan pidatonya, termasuklah ‘mereka’ yang berada di bumi al Azhar ini. Tidak kurang juga, ada yang sudah mengiktiraf Obama sebagai idolanya. Biarpun kita tidak tahu apakah ‘udang di sebalik batu’ pada hakikat yang tersirat di sebalik itu, masih ada yang terus berbaik sangka dan tidak kurang juga – tetap selamanya berburuk sangka. |
|
Dikemaskini ( Khamis, 16 Julai 2009 )
|
|
|
Sumbangan oleh Fitri Nurul Ain Nordin
|
|
Khamis, 30 April 2009 |
|
Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul, keramat, perkara ghaibiyyat, sihir dan cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib. Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa. Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka. Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar, namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat. HM Tuah Iskandar berpendapat dalam buku beliau “Mengislamisasikan Komunikasi Warta”, DBP 1997 ; “Media massa, sama ada bercetak mahupun elektronik adalah alat penyebaran maklumat yang tidak dapat dinafikan keberkesanan serta pengaruhnya terhadap pemikiran insan. Bagaimanapun, kesan dan pengaruh media pada diri seseorang insan dengan insan yang lain tidak setara kerana keberkesanan pengaruh itu boleh berubah dalam tiga keadaan yang berbeza samada berbentuk positif, neutral dan negatif”.
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Terakhir >>
|
| Keputusan 1 - 6 dari 82 |